Selasa, 2 November 2010

GAMIS IALAH ANAK-ANAK YANG CELAKA

 GAMIS yang berkempen untuk PAS ternyata daripada golongan pelajar yang mendapat sokongan dan bantuan moral daripada JIM yang menguasai semua pusat pengajian tinggi awam.

Seorang ahli politik memaklumkan kepada TM bahawa pelajar yang ditahan polis ini sememangnya kurang ajar dan tidak beradab kerana berkelakuan yang sopan dihadapan orang yang lebih tua daripada mereka.

Kekesalan terhadap pelajar yang tidak tahu untung dan tidak berakal dan berakhlak telah merendahkan darjat mereka sendiri sebagai mahasiswa menara gading.

Pelajar tersebut sedikitpun berasa bersyukur kerana dapat masuk ke IPT dan mendapat bantuan kerajaan, malah dengan sombong menyatakan  mereka masuk ke universiti adalah tugas kerajaan dan tidak ada kena mengena dengan Barisan Nasional dan Umno.  Mereka berhak untuk menyokong sesiapa yang mereka suka. Bagi mereka kerajaan yang ada adalah korup dan menipu rakyat selama lebih 50 tahun.

Inilah biadabnya pelajar-pelajar melayu bernaung dibawah Gamis yang dilindungan oleh parti pembangkang. Bodoh sombong baru masuk IPTA baru keluar dari kampung dah mula berlagak sombong. Ini belum bergelar siswazah. belum menjadi penjawat awam. Mereka inilah yang menggagalkan usaha kerajaan dalam merealisasi wawasan 1Malaysia dan Wawasan 2020.

berikut ialah kenyataan mereka yang menuntuk kerajaan menghapuskan Auku.


Empat mahasiswa yang ditangkap pihak polis atas dakwaan berkempen di Galas, mengemukakan memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi.


Mereka ialah Ahmad Syukri Che Ab. Razab, Mohd Rijaludeen Mohd Anwar, Mohd Yusof Hadhari dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli, kesemuanya ahli Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), menyerahkan memorandum tersebut kepada Timbalan Menteri KPT, Datuk Saifuddin Abdullah di parlimen hari ini (1 November 2010).

Mereka antara lain menuntut kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang didakwa menyekat peranan mahasiswa memberi kesedaran politik kepada rakyat.

"Gamis turun ke Galas atas pendirian mahasiswa bukan mewakili mana-mana parti politik.

"Kami ditangkap atas tuduhan berkempen, melanggar Auku, sedangkan risalah yang kami edar langsung tidak berpihak kepada mana-mana parti," kata Ahmad Syukri.

Kesemua mereka ditahan polis semalam, 31 Oktober jam 1.30 petang dan dibawa ke IPD Gua Musang.

Mereka bagaimanapun dibebaskan jam 9.15 malam selepas disoal siasat.

"Persoalan kita, jika diletak di bawah Auku, kenapa polis yang siasat, kenapa tidak serah kepada universiti?" soalnya.

Sementara itu, Saifuddin pada sidang media bersama pelajar tersebut memberi jaminan akan berusaha agar keempat-empat mereka yang disoal siasat oleh pihak polis tidak lagi disoal-siasat kali kedua oleh pihak universiti.

"Pihak kami di KPT akan siasat perkara ini berdasarkan laporan IPD Gua Musang. Lazimnya jika perkara begini berlaku, KPT serah pada universiti. Tapi kes ini polis dah siasat, jadi kita tengok apa laporannya.

"Kita cuba elak empat pelajar ini terkena dua kali soal siasat. Kita akan dapat maklumat terperinci dari IPD," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan penubuhan Kaukus Parlimen bagi memansuhkan Auku agar mahasiswa diberi hak terlibat dalam politik yang dicadang Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Bagaimanapun, beliau menolak untuk mempengerusikan kaukus tersebut dan mencadangkan diberi kepada mereka yang tidak menjawat jawatan pentadbiran kerajaan.