Khamis, 18 November 2010

Pemimpin Tamak

I

SEMPORNA: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan kekecohan dalaman yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) berlaku akibat matlamat pemimpinnya yang hanya mahukan jawatan dan kuasa.

Sehubungan itu, katanya, kemelut yang berlaku dalam PKR, termasuk pertimbangan Datuk Zaid Ibrahim untuk keluar parti, langsung tidak menghairankan.

Malah, beliau berkata, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah ahli dan pemimpin UMNO pada suatu ketika dulu tetapi kini bukan lagi selepas tidak memiliki jawatan.

"Mereka ini berpaut dengan jawatan saja. Tidak ada jawatan, maka tiada pengorbanan dan tidaklah menyertai perjuangan (membela rakyat)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis korban di Masjid Pekan Semporna di sini, semalam.

Di KUALA LUMPUR, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, berkata keadaan PKR ketika ini agak mengejutkan kerana ia lebih daripada apa yang dijangka akan berlaku.

"Keadaan itu menggambarkan kerapuhan PKR sebagai parti yang tidak bertunjangkan idealisme politik sebenar. Himpunan parti yang bergabung di bawah Pakatan Rakyat sebenarnya amat rapuh kerana ditubuhkan oleh individu yang cuma berhasrat menjadi Perdana Menteri.
"Justeru, tidak sampai berapa tahun, ia hampir berkecai," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Aidiladha kawasan Jinjang Utara di sini, semalam.

Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata pemilihan PKR yang 'cacamarba' jelas memperlihatkan bahawa parti itu ditubuhkan semata-mata untuk kepentingan individu tertentu tanpa hala tuju perjuangan yang jelas.

"Lihatlah apa yang berlaku di Lembah Pantai. Sepanjang tiga penggal saya mentadbir, Lembah Pantai begitu maju dan semua penduduk ditatang seperti bunga yang berkembang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.