Ahad, 14 November 2010

Yayasan Selangor Lingkup bawah Pakatan Ruyub

Majlis Sambutan ke 40 Yayasan Selangor telah disambut oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan penuh pembaziran.

Ia juga telah menimbulkan kemurkaan kepada Sultan Selangor sehingga baginda enggan hadir ke majlis jamuan makan tersebut.

Jumlah 800 ribu ringgit amat terlalu besar untuk majlis yang lebih fokus untuk membantu anak-anak miskin dan yatim.

Kos seorang ialah RM 136 sekepala untuk 2200 tetamu dan lebih mahal daripada makan buffet di hotel 5 bintang.

Lawak lagi ialah pengendali majlis tersebut adalah bertaraf enterprise bukanya sdn bhd. TM mengganggap enterprise tersebut tidak mempunyai rekod perkhidmatan sebelum sebelum ini. Tak percaya, kena 'check' sejarah syarikat enterprise tersebutlah dan 'check' di SSM kat Shah Alam (Plaza Alam Central). Sehinggit jer cas sehelai.

Satu lagi yang pelik kenapa Yayasan perlu membayar deposit sejumlah RM 300 ribu kepada enterprise. Biasanya syarikat yang bayar deposit sebagai janji mereka akan dan sanggup untuk menjadi pembekal kepada pelanggan, ini procedure kontrak dengan kerajaan, tetapi ini 'terbalikkod' pulak.

Apapun kerajaan Khalid kena bertanggung jawab atas semua yang berlaku dan awas Pas sudah siap sedia untuk menikam belakang PKR sekali lagi yang bertujuan untuk merampas negeri tersebut daripada PKR dan Dap.

Pas yang bijak menangguk di air keruh sentiasa tenang macam buaya lapar di Sungai Nill Mesir.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.