Khamis, 16 Disember 2010

3 Serangkai yang kena gantung

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Dewan Rakyat mencipta "sejarah" dengan mengenakan hukuman gantung enam bulan membabitkan tiga Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dalam sehari selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami nasib yang sama hari ini.

Ketiga-tiga wakil rakyat itu ialah Ahli Parlimen R. Sivarasa (PKR-Subang), Azmin Ali (gambar) (PKR-Gombak) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) berhubung kesalahan menghina Dewan Rakyat dengan mendedahkan prosiding Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang mendengar kes Anwar-APCO.

Tidak seorang pun wakil rakyat Pakatan Rakyat berada di Dewan Rakyat ketika usul menggantung ketiga-tiga mereka dibahaskan.

Terdahulu Anwar dikenakan hukuman yang sama.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.