Nampaknya persengketaan Perkasa dengan Babi Toyok telah pun diketahui siapa pemenangnya.
Sebelum ini konfrantasi antara DS Nazri Aziz memuncak dengan Perkasa sehingga berbalas-balas SMS. Perkasa dicabar supaya didaftarkan sebagai parti politik dan bertanding dalam PRU akan datang.
DS Nazri terus menyakitkan hati dengan memihak kepada Babi Toyok yang dikatakan tidak membuat sebarang kesalahan yang melanggar undang-undang.
Ketua Wira Perkasa Arman dan beberapa orang lagi telah mendapat pengesahan daripada Nazri Aziz di parlimen dan penerangan yang panjang berjela telah disampaikan kepada Wira Perkasa.
Apabila Babi Toyok dengan pakaian yang kurang sopan telah pergi ke parlimen untuk bertemu Nazri Aziz dan menghadiahkan CD nya ia telah menyebabkan darah bloggers naik menyirap.
Kemarahan para blogger mesra kerajaan terus memuncak. Akibatnya gambar-gambar mesra anak menteri tersebut sekali lagi berlegar dalam internet.
Justeru, apakah Nazri sengaja menambahkan derita dan kesakitan kepada Perkasa , Bloggers mesra kerajaan dan khususnya kepada seluruh orang melayu di bumi ini yang teramat marah dengan sikap biadap babi toyok yang begitu mudah menghina secara terang-terang terhadap agama , bangsa dan negara.
Bagaimanapun kuasa adalah ditangan rakyat. sabar sahaja lah dan keputusan muktamad ialah pada sehelai kertas dan sebatang pensil 2B. Biar lah dia menang kerana dia bapa menteri. kita siapa....
Satu perkara lagi ialah Babi Toyok pernah menghina TNB tetapi tak ada apa tindakan pun oleh syarikat gergasi ini. bila Hasan Skodeng buat hal cepat-cepat dakwa di mahkamah.
Begitu juga halnya dengan DS Khir Toyo, cepat diambil tindakan, manakala pihak lain dengan senang lenang mengumpul kekayaan tanpa sebarang masalah.