Sabtu, 11 Disember 2010

SALAH UMNO PULAK!!! NURUL IZZAH PATUT TAHU JAWAPANNYA



Gagal kuasai, Umno mahu surau diroboh?
Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 10 Dis: PAS Lembah Pantai menentang usaha pihak berkuasa hendak merobohkan Surau Al-Falah di Kampung Pantai Dalam yang diimarahkan oleh penduduk dengan baik.

Yang Dipertua PAS Lembah Pantai, Ustaz Adlin Soleh berkata, usaha merobohkan surau itu dilihat adanya unsur-unsur politik kepartian yang dibawa oleh pihak lawan.

“Kita menyedari usaha Umno khususnya Datuk Raja Nong Chik menubuhkan 'Muafakat Masjid dan Surau Lembah Pantai'.

“Ada beberapa surau dan masjid yang tidak dikuasai mereka menyebabkan mungkin adanya dengki sesetengah pihak tertentu sehingga keluar cadangan untuk merobohkan Surau Al-Falah,” katanya.

Menurutnya, jika isu itu tidak ditangani segera, PAS memberi amaran BN akan menghadapi tindakan rakyat yang lebih tegas dalam pilihan raya akan datang.

Manakala Pemuda PAS Lembah Pantai mempersoalkan suara-suara 'orang politik' parti lawan yang mengatakan Surau Al-Falah sebagai surau PAS kerana ramai orang PAS bersolat di situ.

"Apakah salah orang PAS memenuhi mana-mana masjid atau surau di negara ini sehingga tergamak hendak merobohkannya.

“Pelik dalam sebuah negara yang pemimpinnya beragama Islam, adanya halangan kepada orang Islam yang berlainan parti politik mereka untuk mengimarahkan masjid," ujar ketuanya, Nasaie Ismail.

Pemuda Lembah Pantai juga mengenalpasti adanya pengaruh-pengaruh politik dalam arahan perobohan oleh DBKL.

Ini, katanya kerana apabila pihak surau menghantar memorandum dan ingin mengadakan perbincangan dengan Menteri Wilayah, wakilnya meminta pihak surau hadir ke pejabat Umno Lembah Pantai untuk menyelesaikan masalah itu.

“Umno akan memanggil DBKL, Jawi dan pihak pemaju bagi berunding di pejabat Umno. PAS mempersoalkan kenapa perlu campur tangan Umno dalam urusan DBKL dan Jawi ini. Jelas ada unsur politik dalam usaha mereka,” jelasnya.


Katanya, Pemuda PAS Lembah Pantai juga mempersoalkan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Raja Nong Chik yang kerap mengadakan majlis politik berlogokan Umno di beberapa masjid di Lembah Pantai.

"Lebih baik Umno melihat diri sendiri dahulu sebelum menghukum rakyat. Saya harap Menteri Wilayah tersebut kerap solat berjemaah di masjid dan surau di Lembah Pantai dan duduk mendengar kuliah-kuliah agama daripada sibuk berpolitik menggunakan masjid,” katanya

Followers

Saturday, November 27

Surau al-Falah VS DBKL : Di Mana Mahasiswa?

Posted by Syis Abdul Kadir | Saturday, November 27 | Category: , , , |

Surau Kg Berembang
Tanggal 26 Mei 2005 dan 30 November 2006 merupakan tarikh keramat buat mereka yang caknakan suburnya Islam di Malaysia. Dua peristiwa yang takkan dilupakan penduduk Kg. Bujal, Kemaman dan Kg. Berembang, Ampang : Surau kampung mereka dirobohkan. Atas alasan-alasan yang nampak seperti diadakan, kerja-kerja pembantaian tetap dijalankan oleh PBT bahkan ditolong oleh pihak polis. Saya berbangga dengan penduduk kedua-dua kampung tersebut yang bermati-matian mempertahankan rumah Allah dari dizalimi tangan-tangan kotor rejim pemerintah. Mahasiswa turut sama menyatakan pendirian dan mengerahkan keringat menjadi benteng terakhir rumah Allah tersebut. Bahkan Presiden GAMIS ketika itu, Tarmizi Mohd Din antara sosok paling hadapan membawa suara rakyat Kg. Berembang sehingga beliau ditangkap polis.

Surau Kg Bujal, Kemaman
Seperti yang dijangka, surau-surau tersebut tetap menyembah bumi, tewas pada jentolak. Namun, apa yang dibanggakan, peluh dan darah marhain yang tumpah mempertahankan rumah Allah tersebut.Nah, bukti kecintaan pada Allah dan Islam dizahirkan. Di Berembang ada yang pengsan dan dipukul. Bahkan ada yang merantai diri di dalam masjid.

Ini bukan tribulasi baru bagi Islam. Di Palestin fenomena ini telah berlaku. Dan hingga kini rejim zionis merancang menghancurkan Baitulmaqdis. Kisah rumah Allah c uba dirobohkan bermula saat lahirnya Rasulullah. Tidak Asing lagi bagi kita dengan nama Abrahah dan burung ababil. Dan kini nasib sama menimpa Surau al-Falah, Kerinchi. Di atas sebab-sebab yang samar. Katanya pembangunan tapi entah apa yang ingin dibangunkan. Persis di Kg. Berembang, kononnya tanah tersebut akan dimajukan lantas rumah penduduk dan surau dirobohkan sebelum perbicaraan tentang hak tanah tersebut selesai di mahkamah. Lagi menjengkelkan bila keputusan mahkamah nyata memihak kepada penduduk kampung. Jawatankuasa Surau al-Falah telah diberi tarikh sehingga 9 Disember untuk kosongkan surau sebelum dilunyai kuku besi sang rejim. Ada penduduk mendakwa ianya kerana aliran politik yang berbeza dan keberadaan surau berkenaan tidak memberi manfaat kepada kerajaan bahkan mengancam mereka. Sudahlah syariat Islam dipandang sunyi, syiar Islam juga diinjak-injak. Inilah padahnya bila 'raja' tanpa takhta memerintah.

Kali ini saya cuba mengajak pembaca sekalian untuk mengambil ibrah dari kalam Allah yang Maha Suci. Di mana keyakinan kita pada surah al-Fiil? Benar, mereka yang memusuhi Allah bakal dilaknat. Bukan kerja kita untuk melaknat mereka tapi tanggungjawab kita menjulang tinggi keizzahan Islam. Allah boleh sahaja menghantar Ababil ke Kerinchi kerana Dia Maha Berkuasa atas segalanya. Tapi perlu diteliti dan ditelusuri lanjut apakah kita sudah mencukupi syarat untuk didatangkan nusrah langsung dari ALLAH.


"Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti orang-orang mengerumuni sesuatu hidangan." Berkata seorang sahabat: "Adakah kerana jumlah kita yang sedikit?" Rasulullah menjawab: "Tidak, sebaliknya kamu ramai tetapi kamu menjadi seperti buih-buih ketika banjir. Allah mencabut rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu." Sahabat bertanya: "Apakah dia al-wahan?" Rasulullah bersabda: "Cintakan dunia dan takutkan mati!" (riwayat Abu Dawud)
Sangat bimbang andai al-wahan makin sebati dalam hati kita. Buktinya nyata kini, mahasiswa bagai tidak endah bahkan tidak tahu langsung isu al-Falah ini. Musim peperiksaan bagi saya satu ujian dari Allah terhadap janji setia yang senantiasa dilafazkan kita. Kita berjanji akan hidup dan mati kita untuk Islam setiap kali solat namun masih ada keraguan akan ketetapan Allah.

A060

"(Setengah dari) mereka berkata: "Kami ada mendengar seorang anak muda bernama Ibrahim, mencacinya." (al-anbiya')

Surau al-Falah, Kerinchi
Ayat diatas berkisar kisah keberanian Nabi Ibrahim berdada dengan thagut penyembah berhala. Keberanian Baginda memecahkan berhala-berhala sembahan Namrud dan penduduk Babylon ketika itu. Di dalam ayat di atas Allah Taala menyebut perkataan 'anak muda' kepada Nabi Ibrahim. Ini kerana anak muda adalah golongan yang paling hadapan dalam menegakkan kebenaran serta ejen perubahan. Cukuplah kita selaku mahasiswa atau anak muda  yang menjadi 'ababil' mempertahankan rumah Allah dari serangan Abrahah moden.

tukar profile picture FB anda tanda sokongan
Saya menyeru seluruh mahasiswa Islam untuk menyatakan kebersamaan kita kepada penduduk Kerinchi dalam mempertahankan rumah Allah. Juga ucapan tahniah dan syabas kepada Komuniti Mahasiswa Kerinchi yang berpatisipasi penuh dalam usaha menggagalkan perancangan merobohkan rumah Allah ini. Juga kepada PMIUM, PERMADAH UM, PMKUM, PERMAS dan PKPIM yang turut bersetuju untuk memjadi suara rakyat dalam mempertahankan surau al-Falah. Ayuh, biarlah keberadaan kita dirasai!