Malaysia berada pada kedudukan ke-22 daripada 149 negara dalam indeks keamanan dunia (GPI).
Di kalangan negara Asia, kedudukan Kuala Lumpur di ranking kedua.
Keputusan  itu menunjukkan Malaysia berada di belakang Jepun di kalangan negara  Asia manakala New Zealand di kedudukan pertama dunia dalam laporan yang  dikeluarkan oleh Institut Ekonomi dan Keamanan (Institute for Economic  and Peace).
Mengumumkan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana  Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, kedudukan terbaru itu  merupakan keputusan terbaik yang pernah dicapai Malaysia berbanding  tahun-tahun sebelumnya.
Menurut beliau, kejayaan itu hasil  daripada kesepakatan rakyat pelbagai kaum yang hidup dalam keadaan  stabil dan aman tanpa berlaku sebarang tragedi melibatkan ketegangan  kaum.
"Kedudukan Malaysia dalam GPI telah meningkat dari  tempat ke-38 pada 2008 ke tangga 26 pada 2009 dan pada 2010, kita  mencapai kedudukan ke-22 dan di kalangan negara Asia, kedudukan kita  adalah nombor dua.
"Keadaan ini mencerminkan walaupun terdapat pelbagai isu dibahaskan namun keadaan kita memang aman dan damai," katanya.
Beliau  berkata demikian selepas sidang akhbar Majlis Perutusan Tahun Baru 2011  Menteri di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
Turut hadir  Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah dan  Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk  Azman Amin Hassan.
Mengulas lanjut, Tsu Koon memberitahu, laporan  itu dinilai berdasarkan tahap keadaan keselamatan di sesebuah negara  termasuk isu kestabilan politik dan jenayah dalam masyarakat.
"Walaupun  negara kita juga terdapat isu kontroversi tetapi kita tidak mempunyai  masalah dari segi kestabilan dan konflik yang besar kerana negara lain  juga berdepan situasi yang sama seperti kita.
"Sebagai contoh,  dua tahun lalu terdapat pelbagai konflik melanda Thailand yang turut  diambil kira oleh badan penilai itu," ujarnya.
Rank Country Score 
1  New Zealand  1.188  
2  Iceland  1.212  
3  Japan  1.247  
4  Austria  1.290  
5  Norway  1.322  
6  Ireland  1.337  
7  Denmark  1.341  
7  Luxembourg  1.341  
9  Finland  1.352  
10  Sweden  1.354  
11  Slovenia  1.358  
12  Czech Republic  1.360  
13  Portugal  1.366  
14  Canada  1.392  
15  Qatar  1.394  
16  Germany  1.398  
17  Belgium  1.400  
18  Switzerland  1.424  
19  Australia  1.467  
20  Hungary  1.495  
21  Slovakia  1.536  
22  Malaysia  1.539  
23  Oman  1.561  
24  Uruguay  1.568  
25  Spain  1.588  
26  Costa Rica  1.590  
27  Netherlands  1.610  
28  Chile  1.616  
29  Poland  1.618  
30  Singapore  1.624  
31  United Kingdom  1.631  
32  France  1.636  
33  Botswana  1.641  
34  Lao People's Democratic Republic  1.661  
35  Taiwan  1.664  
36  Bhutan  1.665  
37  Tunisia  1.678  
38  Viet Nam  1.691  
39  Kuwait  1.693  
40  Italy  1.701  
41  Croatia  1.707  
42  Lithuania  1.713  
43  Korea, Republic of  1.715  
44  United Arab Emirates  1.739  
45  Romania  1.749  
46  Estonia  1.751  
47  Mozambique  1.779  
48  Ghana  1.781  
49  Egypt  1.784  
50  Bulgaria  1.785  
51  Zambia  1.813  
51  Malawi  1.813  
53  Sierra Leone  1.818  
54  Latvia  1.827  
55  Tanzania, United Republic of  1.832  
56  Libyan Arab Jamahiriya  1.839  
57  Burkina Faso  1.852  
58  Morocco  1.861  
59  Namibia  1.864  
60  Bosnia and Herzegovina  1.873  
61  Panama  1.878  
62  Greece  1.887  
63  Gambia  1.890  
64  Nicaragua  1.924  
65  Albania  1.925  
66  Moldova, Republic of  1.938  
67  Indonesia  1.946  
68  Jordan  1.948  
68  Equatorial Guinea  1.948  
70  Bahrain  1.956  
71  Argentina  1.962  
72  Cuba  1.964  
73  Swaziland  1.966  
74  Gabon  1.981  
75  Rwanda  2.012  
76  Cyprus  2.013  
77  Madagascar  2.019  
77  Paraguay  2.019  
79  Senegal  2.031  
80  China  2.034  
81  Bolivia  2.037  
82  Nepal  2.044  
83  Macedonia, the Former Yugoslav Republic of  2.048  
83  Brazil  2.048  
85  United States  2.056  
86  Angola  2.057  
87  Bangladesh  2.058  
88  Montenegro  2.060  
89  Peru  2.067  
90  Serbia, Republic of  2.071  
91  Guyana  2.095  
92  Mongolia  2.101  
93  Dominican Republic  2.103  
94  Trinidad and Tobago  2.107  
95  Kazakhstan  2.113  
95  Papua New Guinea  2.113  
97  Ukraine  2.115  
98  Jamaica  2.138  
99  Liberia  2.148  
100  Uganda  2.165  
101  Ecuador  2.185  
102  Congo  2.192  
103  El Salvador  2.195  
104  Iran, Islamic Republic of  2.202  
105  Belarus  2.204  
106  Cameroon  2.210  
107  Mexico  2.216  
107  Saudi Arabia  2.216  
109  Mali  2.240  
110  Uzbekistan  2.242  
111  Cambodia  2.252  
112  Guatemala  2.258  
113  Armenia  2.266  
114  Haiti  2.270  
115  Syrian Arab Republic  2.274  
116  Algeria  2.277  
117  Turkmenistan  2.295  
118  Cote D'Ivoire  2.297  
119  Azerbaijan  2.367  
120  Kenya  2.369  
121  South Africa  2.380  
122  Venezuela  2.387  
123  Mauritania  2.389  
124  Thailand  2.393  
125  Honduras  2.395  
126  Turkey  2.420  
127  Ethiopia  2.444  
128  India  2.516  
129  Yemen  2.573  
130  Philippines  2.574  
131  Burundi  2.577  
132  Myanmar  2.580  
133  Sri Lanka  2.621  
134  Lebanon  2.639  
135  Zimbabwe  2.678  
136  Central African Republic  2.753  
137  Nigeria  2.756  
138  Colombia  2.787  
139  Korea, Democratic People's Republic of  2.855  
140  Congo, the Democratic Republic of the  2.925  
141  Chad  2.964  
142  Georgia  2.970  
143  Russian Federation  3.013  
144  Israel  3.019  
145  Pakistan  3.050  
146  Sudan  3.125  
147  Afghanistan  3.252  
148  Somalia  3.390  
149  Iraq  3.406
Ranking ke 22 boleh dilonjakkan lagi sekiranya PKR, DAP dan PAS lenyap ditelan bumi 
