Rabu, 19 Januari 2011

DEME TANYER PAK NGAH JAWAB

banjir kerana tiada longkang

hujan lebat sejam menyebabkan banjir kilat



longkang perlu dibina segera

Lorong Pasar 1



Tiada lagi longkang kerana ditutup tar sepenuhnya

air hujan mengalir ke kawasan rendah



tiada longkang , yang ada hanyalah gelong

kenapa tiada longkang?

air hujan mengalir ke kawasan rendah
Gambar di atas adalah kiriman dari email pengadu ke rancangan Radio Perak FM. ( deme tanyer Pak Ngah Jawab)

TM telah melawat kawasan tersebut ternyata punca banjir kilat adalah disebabkan pemaju tidak membina longkang disekeliling projek perumahan tersebut.

Rumah-rumah yang terlibat dengan banjir ini ada dalam 5 buah lebih kurang, ini kerana rumah tersebut dibina sama paras dengan jalan yang ada.

Rumah tersebut merupakan rumah-rumah lama. Bagi rumah yang ditambah tanah melebihi paras jalan tidak mengalami masalah ini.

Kampung Expo merupakan kampung tersusun yang tidak dilengkapi dengan peparitan, longkang dan sebagainya sejak  awal 80an.

Ini kerana penduduk asal ketika itu tidak mampu membayar premium yang tinggi. Ianya berbeza dengan Kampung Tersusun Bukit Jana dan Kampung Tersusun Kg Jambu dan lain-lainnya yang siap dengan segala kemudahan seperti longkang, jalan, tiang lampu dan sebagainya.

Hari ini nilai tanah di Kampung Expo sudah meningkat berlipat kali ganda walaupun tiada sistem peparitan dan sebagainya.

Justeru, sebanyak RM5 juta telah diluluskan untuk pembinaan longkang, tiang lampu, jalan dan sebagainya, cuma proses pembinaan mengambil masa dan ianya dijalankan oleh ICU.

Penduduk Kampung diminta bersabar sehingga projek dilaksana. Bagaimana pun terdapat ramai penduduk yang membina longkang atau peparitan dengan belanja sendiri dihadapan rumah mereka.

Kebanyakan rumah-rumah yang terlibat dengan banjir ada rumah yang tidak membuat longkang atau gelong di hadapan rumah mereka, semuanya berharapkan PBT untuk melaksanakannya.

Untuk mengelakkan banjir kilat pihak pemaju telah disyaratkan oleh Majlis Perbandaran Taiping supaya membina kolam takungan air tidak jauh daripada projek tersebut. Bagaimanapun pembinaan kolam tersebut tidak seperti yang disyaratkan kerana tidak cukup dalam dan tidak mengikut spec yang dikenakan oleh MPT.

Tahun lepas Pegawai Teknik telah datang melawat banjir kilat sebelah malam dan beliau menyatakan kolam tersebut perlu dibaiki.  Harap pengadu bersabar kerana tindakan sedang diambil oleh pihak bertanggung jawab.

berikut adalah aduan yang telah diutarakan oleh penduduk yang terlibat dengan banjir;

"ADUAN INI DIBUAT KERANA DISEBABKAN TAMAN PERUMAHAN YANG BARU INI TELAH MENYEBABKAN BANJIR BAGI PENDUDUK KG EXPO YANG BERHADAPAN DENGAN TAMAN PERUMAHAN INI TERUTAMA DI JALAN POLIKLINIK,KG EXPO.

SISTEM PERPARITAN YANG TELAH DITUTUP DAN KEADAAN TAPAK PERUMAHAN INI YANG LEBIH TINNGI DARI RUMAH PENDUDUK DI KG EXPO INI MENYEBABKAN AIR HUJAN AKAN MENGALIR TURUN KEKAWASAN PERUMAHAN PENDUDUK KG EXPO INI SEDANGKAN TAMAN PERUMAHAN INI TIDAK TERJEJAS SEDIKIT PUN.YANG MENGHAIRANKAN SAYA MEWAKILI PENDUDUK KG EXPO,

KENAPA TIDAK DIBUAT LUBANG PADA ALIRAN LONGKANG SEDIA ADA AGAR AIR HUJAN TERSEBUT AKAN MENGALIR TERUS KE PARIT SEDIA ADA.SALAH SATU FAKTOR LAGI KEADAAN SISTEM PERPARITAN TERUTAMA DI JALAN POLIKLINIK INI MASIH LAGI BELUM DI NAIK TARAF.

KENAPA KAMI PENDUDUK YANG ASAL DAN LAMA DISINI DIBUAT SEBEGINI RUPA,BAGAIMANA PIHAK TUAN MEMANTAU PEMAJU INI MEMBUAT KERJA-KERJA SEHINGGA MENINDAS KAMI PENDUDUK KG EXPO INI

.DARI DAHULU LAGI PROJEK PERUMAHAN INI MEMANG AKAN MENDATANGKAN MASALAH BAGI KAMI PENDUDUK KG EXPO DAN AKHIRNYA INILAH YANG KAMI TERIMA DARI PROJEK TERSEBUT SEDANGKAN SEBELUM PROJEK INI DIADAKAN TIADA SEBARANG MASALAH SEBGINI RUPA YANG DITERIMA OLEH PENDUDUK KAMPUNG,INIKAH YANG DIKATAKAN RAKYAT DIUTAMAKAN.

BERSAMA-SAMA INI DISERTAKAN GAMBAR-GAMBAR KEADAAN YANG TERJADI DAN POHON JASA BAIK SERTA KUASA YANG ADA DIPIHAK TUAN MENYELESAIKAN MASALAH INI DENGAN SEGERA SEBELUM KEADAAN MENJADI LEBIH TERUK LAGI.SEKIAN TERIMAKASIH."


Aduan ini telah pun diambil tindakan oleh MPT (En Kamaruzzaman ) dan Adun Kamunting YB Dato Muhammad Zahir Dato Khalid , kerja pembinaan perparitan di hadapan rumah pengadu dan beberapa buah rumah di bahagian belakang akan dilaksanakan  dan kerja pembaikan pada kolam takungan untuk lebihan air masuk telah diarah untuk dibaiki