Jumaat, 14 Januari 2011

Laporan Bancian

Pada tahun lepas TM telah membuat bancian terhadap dua perkara. Soalan hanya memerlukan pembaca memilih dua jawapan samada Ya atau Tidak.

Perkara yang pertama ialah mengenai pilihanraya negeri Sabah dan Sarawak. Sebelum ini ia dibuat secara berasingan daripada negeri-negeri di Semenanjung.

Hasil bancian menunjukkan 80% pembaca bersetuju PRU Negeri diadakan serentak dengan Semenanjung. Kemungkinan besar ialah pengalaman beberapa PRK seperti di Batang Air, Sibu dan Batu Sapi memberi satu pengalaman ngeri kepada penduduk tempatan yang dikejutkan dengan budaya samseng oleh parti pembangkang seperti Dap, Pkr dan Pas.

Soalan kedua pula ditujukan khusus kepada pembaca dari Sarawak mengenai kemasukan Umno ke negeri tersebut. Jawapan yang diterima agak seimbang. Bagaimanapun keputusan muktamad ialah 49 % bersetuju dan 51 % tidak bersetuju kemasukan Umno ke bumi kenyalang.