Sebelum ini blogger hamPas bukan main riak dan sombong menulis Najib takut berdebat dengan Anwar. Ura-ura Anwar ingin berdebat dengan DS Najib Razak menyebabkan Ketua Penerangan PKR Dr Mohammad Nur Manutty telah membuat sidang media untuk menghantar surat jemputan kepada Najib. TM ada menyiarkan rakaman tersebut yang disiarkan melalui laman yotube.
Sayangnya tak sampai 24 jam video sidang media tersebut telah ditarik balik penyiarannya. Kemudian keluar pula kenyataan Anwar menafikan cadangan untuk berdebat secara terbuka sebaliknya untuk berbincang sahaja.
Kepada pembaca PR ( Price Rising) yang dok kutuk kaw-kaw terhadap penulis TM, maaf lah ya! Mana yang kurang ajar tu terpaksa dipadamkan.
TM tau yang membaca dan memberi komen dalam bahasa carut carut tu adalah dari Pas. Bukan PKR kerana blogger Pkr sudah lenyap dan yang menulis tu hanyalah pemimpin-pemimpin Pkr seperti Chekgu Bard Tanjung Rambutan, Tukar Tiub Tampoi dan beberapa kerat sahaja lagi. Yang lain semua hamPas.