Khamis, 20 Januari 2011

Zambry bagi elaun, Nizar bagi apa?



Kerajaan negeri Perak akan meneruskan pemberian elaun tambahan RM200 kepada guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata kerajaan negeri akan terus memberikan elaun itu kerana menghargai sumbangan dan khidmat yang dicurahkan kira-kira 3,120 guru KAFA.

“Saya harap penjelasan ini dapat memperbetulkan persepsi yang cuba ditimbulkan oleh pihak yang bermain politik. Mereka itu mendakwa kerajaan negeri bersifat munafik dan zalim (kerana menghentikan elaun guru KAFA).

“Kerajaan negeri buat keputusan untuk terus beri elaun berdasarkan kewajaran sumbangan mereka yang berkhidmat 15 jam seminggu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Pejabat Penghulu Mukim Selinsing/Gunung Semanggol Rabu.

Beliau mengulas dakwaan pihak tertentu kononnya kerajaan negeri Perak menghentikan pemberian elaun tambahan itu kepada guru KAFA.


Ketika ini, guru KAFA di Perak menerima elaun sebanyak RM800 daripada kerajaan Persekutuan dan RM200 daripada kerajaan negeri.