Jumaat, 4 Februari 2011

Dalam Darurat Pun Pas Sanggup Buat Kerja Fitnah

Misi Menyelamat Pelajar Malaysia yang terdiri daripada anak-anak majority Pas di Mesir pun cuba disabotaj  oleh Pas.

Usaha kerajaan BN cuba membawa pelajar untuk ditempatkan di Lapangan Terbang Jeddah pun disensasikan. Misi menyelamat bukanlah perkara mudah, ia perlu dilakukan dengan cermat, teliti dan penuh strategi.

Dengan menggunakan kapalterbang perang C130. Misi membawa pelajar keluar dari Cairo perlu dilakukan secara pantas. Oleh itu kesemua 5 ribu lebih pelajar perlu dipindahkan sementara ke zon selamat. Tempatnya tidak lain dan tidak bukan ialah Jeddah di Arab Saudi Jiran Mesir.

Bagaimanapun usaha murni kerajaan dalam operasi menyelamat ini mendapat berita buruk. Pelajar dihasut oleh sms pembangkang supaya tidak menaiki kapalterbang ke Jeddah kononnya di sana pelajar terpaksa menanggung kos penerbangan yang tinggi. Walaupun pihak kerajaan berjanji bahawa semua kos ditanggung oleh kerajaan.

Ini lah sikap jahat pembangkang yang tidak puas hati dengan usaha kerajaan BN dalam misi menyelamat. Nak harapkan Pas, mampus kering tak makan pun Pas tak akan bantu, sebaliknya memekik dan melalak supaya kerajaan yang memerintah mengambil tindakan.

Dalam posting terdahulu , sudah ada suara sumbang Pas menyatakan kapalterbang Hercules C130 itu milik kerajaan dan bukan milik Umno.

Itu adalah fatwa standard Pas apabila mereka memerlukan wang atau bantuan kerajaan, Apabila tak perlu mereka akan mengeluarkan fatwa baru bahawasanya menggunakan harta benda kerajaan zalim itu haram hukumnya.

Apa mereka bukan kerajaan? Pembangkang sekarang memerintah di 4 negeri. apa salahnya 4 negeri ini menyedia penerbangan percuma untuk pelajar yang majoritynya anak-anak orang Pas.

Dah tolong tak bagi terima kasih, Ini perangai hampas PAS.

Berita ini diperoleh daripada blogger Medan Info Corner yang sama-sama turut terlibat dalam misi menyelamat.

Setakat pagi ini pesawat C130 belum mendapat kebenaran oleh Kerajaan Arab Saudi untuk mendarat di Jeddah.

Jarak penerbangan antara Jeddah dan Cairo ialah 1260 Km (783 Miles)