Sabtu, 5 Februari 2011

POLITIK PAS HANYA PADA DEBAT

Berdebat adalah politik Pas. Di mana-mana saja Pas suka berdebat, Dalam kedai kopi, dalam surau, dalam masjid Pas suka berdebat.

Dalam sembang elok-elok pun Pas akan ajak orang berdebat.  Ada orang suka berdebat maka berdebatlah, ada orang tak suka berdebat akan angkat kaki.

TM selalu juga berdebat dengan orang Pas. Ramai orang Pas suka putar belit bila berdebat. Apabila nak kalah dia akan kaitkan isu lain, tajuk debat dah tak pakai dah. dia tukar tajuk lain.

Kemudian bila kita sentuh tok tok guru Pas depa akan kata "siapa kita nak bandingkan diri kita dengan tok guru ?"

Sebenarnya PAS yang teringin nak berdebat ini ialah orang Pas yang tak ada jawatan besar dalam parti, Maka ramailah pecacai pecacai Pas peringkat anagkat bangku tok guru ingin menonjolkan diri agar mereka diangkat oleh akar umbi menjadi peminpin peringkat atasan.

Orang Pas tidak seperti Umno yang pentingkan tugas dan khidmat bakti kepada masyarakat. Lihatlah apabila berlaku banjir di Kedah dan Johor , Orang Pas turun menyeamatkan puak-puaknya saja. Ia berlainan dengan Umno yang membantu sesiapa saja tanpa melihat parti yang mereka dokong.

Dalam urusan membantu orang dalam kesusahan, Umnolah juara. Pas hanya melihat sahaja. Bahasa mudah ialah Pas banyak bercakap tetapi tak ada tindakan.

Istilah NATO boleh diberikan kepada orang PAS. NATO bermaksud No Action, Talk Only.  Pas selama ini hanya bijak mengkritik dan menyanggah apa saja kebaikan yang dibuat oleh Umno BN.

Lihat isu pelajar di Mesir. Pas hanya tahu bercakap dan mendesak kerajaan buat itu dan buat ini. Mereka lupa bahawa mereka juga ada kerajaan sendiri. Ia itu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Lihat sahaja kerajaan Sabah. Mereka tak cakap banyak tetapi mereka bertindak dengan menyewa sebuah kapalterbang untuk membawa pelajar mereka balik dengan selamat ke Sabah.

Negeri Kelantan dan Kedah yang majoritinya Pas masih terkial-kial mencari formula

Bab debat ni Pas sepatutnya kena berdebat sesama sendiri. siapa yang hebat berdebat kena bagi hadiah, Johan, Naib Johan dan sebagainya.

Johan debat layak jadi calon dalam PRU atau PRK.  Sekarang kebanyakan wakil rakyat Pas baik dalam dewan Dun atau Dewan Rakyat tidak pandai berdebat. 

Contoh ketara ialah YB Nizar Jamaluddin, beliau  hebat dalam ceramah , boleh maki orang, boleh menyanyi tetapi sampai dalam dewan tak reti nak bercakap. Masa berhujah 15 minit tak dapat dimanfaatkan sepenuhnya, bercakap 5 minit habis modal yang lain semua maki hamun dan merepek merabam.

Sekarang Nizar jadi MP Bukit Gantang, Senyap macam tikus. Tak pernah bercakap pun dalam dewan rakyat sejak menang PRK 59 Bukit Gantang April 2009 lalu.

Oleh itu jangan dilayanlah debat yang dianjurkanoleh Pas. Kerajaan sudah menyediakan Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri dan Dewan Negara. berdebatlah puas-puas di sana. sebab setiap perkataan kamu akan dicatat dan disimpan sampai bila-bila.