Ahad, 20 Mac 2011

Hadi Awang menggalakkan rakyat Malaysia menjadi ganas dan membunuh orang

Pas semakin terdesak untuk mencari sokongan politik. Pas sanggup menaja kejahatan dan kemungkaran. Pas ingin melihat ramai rakyat mati bergelempangan dijalan raya.

Pas mahu lihat kerajaan rugi jutaan ringgat kerana kematian, membayar pampasan dan menanggung lain-lain kos.  Ini terbukti dengan kata-kata Hadi Awang Laknatullah seperti yang dipetik dalam Harakah.



“Kita isytihar malam ini, kalau Pakatan Rakyat perintah (negara), saman ekor kita hapus. Itu jaminan kita kalau kita perintah,”  Hadi Awang.

Mungkin selepas ini , Hadi Awang akan mengeluarkan fatwa bahawa masuk Pas tak perlu takut makan di tempat awam dalam bulan puasa. Orang yang ditangkap berkhalwat akan diampunkan sekiranya Pas memerintah. Melanggar orang sampai mati pun tidak menjadi masalah jika menyokong Pas. Tak mahu solat pun tak jadi masalah asalkan menyokong Pas. Nak buat dosa pun no problem asalkan sokong Pas.

Nak pandu kereta 300 kilometer sejam pun tidak ada masalah asalkan jangan salah guna. [mungkin inilah ayat-ayat Hadi Awang dalam hujahnya kelak seperti isu khalimah Allah - " Kristian boleh guna perkataah Allah tetapi jangan salah guna"].

Hari ini kerajaan mengenakan had laju di lebuh raya dan jalan-jalan persekutuan adalah untuk membendung pemandu samseng, pemandu yang boleh membahayakan nyawa orang lain,  mengelakkan kemalangan jalanraya. menjadikan lebuhraya selesa untuk semua orang. Bayangkan jika sebuah lori atau bas mengejar anda dari belakang dengan kelajuan 200km/j dan bayangkan bagaimana pula penumpang yang berada di dalam bas tersebut.

Bagi mereka yang sentiasa patuh dengan had laju, biasanya akan selamat dalam perjalanan dan selamat daripada kemalangan.

Kita biasa dengar terdapat banyak kemalangan jalanraya yang berpunca daripada pemandu yang ganas dan samseng.

Memandu laju dan melulu, akibatnya bila terlibat dengan kemalangan ia juga menyebabkan kematian atau kecederaan kepada pihak lain.

Oleh itu peraturan dan saman dikenakan untuk mendisiplinkan pengguna jalan raya.

Menghapuskan saman ekor, bererti tiada lagi had lagi 110km/j di lebuhraya. Setiap pemandu bebas memandu sesuka hati. Adakah itu satu perkara yang baik pada Pas?

Ini baru bab sama ekor, sudah nampak kebodohan Pas dalam menguruskan negara. Patutlah kantong Yayasan Selangor sebanyak RM 70 juta yang ditinggalkan oleh BN kini terhutang RM7 juta .

Baca di sini juga . (KLIK)