Berikut adalah berita yang dipetik daripada Harian Metro, dam telah dimainkan oleh puak pembangkang dalam facebook.
Masalah barangan naik ini bukan perkara baru, setiap bulan harga barang semakin meningkat dan kenaikan tersebut tidak menjejaskan kuasa beli pengguna. TM ada mendengar bahwa pemborong barangan keperluan makanan akan menaikkan harga makanan siap, mentah dan lain-lain hanyalah untuk membuatkan rakyat marah kepada kerajaan.
Kerajaan yang memerintah dilabelkan sebagai gagal mengawal kenaikan harga barang. Jika ini benar pihak kerajaan perlu meneliti dan menyiasat perkara ini . Jika terbukti benar maka lesen perniagaan, lesen kenderaan, lesen premis perniagaan mereka perlu ditarik balik.
Jika setakat mendakwa mereka di mahkamah saja adalah tidak memadai kerana kesan dan impaknya amat besar kepada kerajaan dan rakyat.
TM masih ingat sebelum PRU 12 , harga barang meningkat naik dengan cepat dan ia menyebabkan berlakunya tsunami politik. Nampaknya isu harga barang telah berjaya dimanipulasikan oleh pihak pembankang dengan cukup bergaya.
Kedah umpamanya, kos pengeluaran padi meningkat kerana harga baja dan racun naik berlipat kali ganda dan akhirnya Kedah jatuh ke tangan pembangkang.
Selangor juga sama, tetapi kuasa membeli rakyat bukan melayu tidak pernah terancam, buktinya setiap malam restoran seafood akan penuh dengan pelanggan. restoran makanan segera seperti KFC, KR dan sebagainya masih penuh seperti biasa. Begitu juga dengan restoran tomyam oleh peniaga Siam dari Pattani sentiasa penuh dengan pelanggan.
Berikut ialah keluhan peniaga burger dari Kuala Lumpur. Dah siasatkah Ramle burger tu orang Pas atau Umno?
‘Susah nak cari makan’
KUALA LUMPUR: “Harga minyak naik, harga barang pun naik, susah peniaga nak cari makan,” keluh peniaga burger, Asraf Ahmad, 24 berikutan kenaikan beberapa harga barang yang memberikan kesan kepada perniagaan yang diusahakannya di sini.
Katanya, harga sedozen roti burger yang dibelinya sebelum ini RM9, namun baru-baru ini ia naik sehingga RM12.80 sedozen.
“Selain itu, harga sos, mayonis dan kicap turut mengalami kenaikan,” katanya.
Sementara itu, tinjauan Harian Metro di beberapa kawasan di sini mendapati beberapa barang kegunaan harian mengalami kenaikan harga, malah ada beberapa barang makanan utama mengalami peningkatan harga sehingga menyebabkan peniaga serba salah untuk menaikkan harga.
Kenaikan itu dakwa mereka kerana harga ditawarkan pemborong amat tinggi berbanding harga sebelumnya.
“Payah sebab kami nak jaga pelanggan, tapi harga daging naik pula,” kata Kamarulzaman Ghazali, 55, yang kini berada dalam dilema untuk menaikkan harga daging dalam pasaran.
Menurut Kamarulzaman, harga borong bagi sekilogram daging tempatan RM18 dan harga daging import antara RM12 hingga RM13, namun berlaku perubahan harga yang mendadak baru-baru ini.
“Harga baru kami terima dari pemborong semalam RM24.50 bermakna harga daging tempatan naik RM6.50,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Sementara itu, beberapa pelanggan yang ditemui berkata, kenaikan harga barang membebankan mereka. Menurut Rafei Jamil, 32, harga makanan mentah utama tidak perlu dinaikkan kerana ia akan membebankan.
“Sepatutnya harga makanan mentah seperti ayam, daging dan ikan tidak perlu naik kerana harga sekarang pun membebankan,” katanya.
Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, ketika mengulas isu kenaikan harga barangan, berkata keadaan ini sukar untuk dikawal memandangkan sifat tamak sesetengah peniaga yang mengaut keuntungan mudah menaikkan harga barang sesuka hati.
Katanya, sifat tamak peniaga sukar untuk dikikis memandangkan mereka tahu pembeli pasti akan membeli barangan keperluan harian berkenaan.
Menurutnya, bagi menangani masalah ini pengguna mempunyai hak bagi membasmi penularan kenaikan harga barang.