Jom elok join UMNO dan tinggalkan segera PAS, UMNO mempunyai ahli yang lebih ramai iaitu 3.5 juta orang berbanding PAS cuma 970,000 orang sahaja. Kita dalam UMNO menggalakkan umat Muhammad dan rakyat Malaysia BERSATU sedangkan PAS mengkafirkan sesama umat Islam di Malaysia.
Keputusan PRK Bukit Gantang, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Tenang, Merlimau dan Kerdau membuktikan rakyat kembali menyokong UMNO dan BN. Buktinya di PRK Merlmau dan Kerdau kita menang di kesemua saluran peti undi termasuk saluran muda. Keputusan disesetengah kawasan yang konon kubu kuat PAS di kedau juga kini lebih condong memilih UMNO-BN, kenapa? Kerana PAS sejak join Pakatan haram Rakyat telah semakin kehilangan pengundi Melayu Islam. Kerana pemimpin PAS tidak ikhlas memperjuangkan nasib dan kepentingan orang Melayu dan agama Islam terutama sejak mereka berada di bawah ketiak bacin Anwar (Pluralis-Anarkis) dan Lim Kit Siang dan Guan Eng (Sosialis-Komunis?).
Kenapa Melayu berpecah? Saya mendapati kekecewaan dan kepentingan peribadi adalah dua faktor utama wujudnya penentangan dan lahirnya parti-parti politik serpihan dalam arena politik di Malaysia. Serpihan-serpihan itu menyebabkan UMNO kini sedikit sumbing. Walaupun sumbingan-sumbingan tersebut boleh diperbaiki, tetapi serpihan-serpihan yang menyebabkan UMNO sumbing adalah fenomena negatif dalam perjuangan politik orang Melayu untuk memartabatkan agama, bangsa dan tanah air. Di kalangan bangsa kecil, sekecil bangsa Melayu yang dianggar hanya berjumlah lebih kurang 15 juta orang, seharusnya kita bersatu bukan berpecah, berbalah dan terus bertelagah sesama sendiri..
Dari sejak mula PAS ditubuhkan oleh Ahmad Fuad pada tahun 1951 dengan sokongan penjajah British, ia bertujuan untuk melemah dan menghancurklan UMNO, supaya rancangan orang Melayu untuk menuntut kemerdekaan yang dipimpin oleh UMNO dan PERIKATAN gagal dan Tanah Melayu kekal dijajah.. Mungkin anda telah terlupa dengan kata-kata yang sinis ini: "Bagaimana orang Melayu hendak merdeka jika membuat sebatang jarum peniti pun kita masih tidak mampu membuatnya?". Kata-kata itu pernah dilontarkan oleh para pejuang PAS sebelum Tanah Melayu merdeka dulu. Fikirkanlah...
Perpecahan tidak akan menguntungkan sesiapa dan ia tidak seharusnya dibiarkan terus berlaku berulang kali. Kita sekarang di era perpaduan 1Malaysia untuk menuju Wawasan 2020, seharusnya kita berganding bahu bersama menyokong proses transformasi kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib. Masih ingatkah anda dengan kenyataan almarhum Ustaz Fadzil Nor? Bukankah beliau pernah berkata nak jual dan lelong Putrajaya jika Barisan Alternatif (BA) berkuasa? Dan Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan pada tahun 1998 pernah mencadangkan Malaysia mengambil pelan IMF untuk memulihkan keadaan kemelesetan ekonomi...? Sesungguhnya di sinilah kesilapan besar Anwar yang tak mungkin saya lupakan; beliau lebih suka bersekongkol dengan Yahudi dan kaum Cina PAP-DAP demi untuk menjadi Perdana Menteri sedangkan belum tentu nasib rakyat dan para pengikut beliau akan terbela!
Mutakhir, Buku Jing-Gay hanya retorik kosong PKR dan pembohongan belaka. Negara boleh bangkrap atau muflis dalam tempoh tak sampai dua tahun jika Pakatan Haram Rakyat berpeluang berkuasa dan melaksanakan kandungan buku tersebut. Buku Jingga hanya janji-jani kosong PKR untuk memancing undi PRU13, ia lebih kepada Manifesto Pilihanraya, bukan pelan lengkap perancangan dan pembangunan ekonomi seperti MBE, GTP, ETP dan RMK10... sebaliknya percubaan Anwar untuk mengelirukan rakyat supaya membolehkan beliau menjerat mereka untuk berkuasa.
Haji NASERON ISMAIL Pegawai Penerangan UMNO