Rabu, 16 Mac 2011
Nasihat Taib Mahmud kepada Anwar
Satu nasihat yang paling ikhlas dan jujur buat Anwar Ibrahim berkenaan sentimen politik negeri Sarawak, jangan terlampau mudah memburukkan nama Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Ini kerana, peribadi Ketua Menteri Sarawak itu adalah lebih mulia daripada Anwar sendiri secara realitinya.
Rakyat Sarawak lebih tahu berkenaan peribadi serta perwatakan yang dibawa oleh pemimpin mereka itu. Selama ini, Pehin Sri Taib Mahmud adalah seorang pemimpin yang realistik, memperjuangkan hanya yang terbaik buat rakyat Sarawak dan mengutamakan kepentingan rakyatnya di negeri tersebut.
Di Sarawak, semua suku kaumnya hidup aman dan bersatu padu dibawah pentadbiran Pehin Sri selama 30 tahun. Baik dari suku kaum Penan, Orang Ulu, Melanau, Kelabit, Iban, Bidayuh dan pelbagai lagi, semuanya aman dan tenteram didalam satu negeri tanpa ada sebarang ketidakpuasan hati.
Jadi, kehadiran Anwar Ibrahim dan Pakatan pembangkang dengan membawa politik baru berkonsepkan benci serta hina menghina diantara satu sama lain, hanya akan membawa kepada kemusnahan kepada sistem perpaduan rakyat Sarawak itu sendiri. Anwar dilihat sengaja mahu mengimplikasikan politik pecah dan perintah di Sarawak bagi menguasai negeri ini.
Sebab itulah pada ketika ini, Anwar dan kumpulannya bertindak menghentam dan menghina kepimpinan yang diterajui secara cemerlang oleh Pehin Sri Taib Mahmud. Ini semua hanyalah demi untuk merampas kuasa serta kekayaan negeri Sarawak untuk kepentingan peribadi kumpulan mereka sahaja.
Anwar mungkin terlupa atau sengaja buat-buat lupa, Pehin Sri Taib Mahmud lah yang berjasa membebaskan Sarawak daripada pelbagai belenggu kemiskinan. Sarawak kini berubah kepada satu negeri yang lebih baik dan juga lebih kaya dari 30 tahun dahulu. Ini semua cuba dinafikan oleh Anwar demi politik jahatnya.
Apa yang cuba yang ditutup oleh Anwar sebenarnya? Sudah terbukti, 11 bahagian di Sarawak serta 27 kumpulan etnik kaum, kesemuanya sudah merasai jasa-jasa yang ditabur oleh Pehin Sri Taib Mahmud.
Anwar cuba jelaskan, bahagian negeri manakah di Sarawak yang tidak dibangunkan oleh pemerintahan kerajaan negeri itu? Sibu, Kapit, Kuching, Bintulu, Betong ataupun Samarahan, semuanya sudah menikmati pembangunan.
Dari segi pembangunan industri, Sarawak juga tak ketinggalan hebatnya dari Semenanjung. Malah tak keterlaluan jika dikatakan Sarawak mempunyai tahap pembangunan industri yang jauh lebih tersusun.
Apa yang hendak Anwar nafikan tentang ini?
Sebagai contoh, Zon Industri di Samalaju, Bintulu. Jika projek ini dilaksanakan, Bintulu akan terus berkembang menjadi sebuah bandar termaju di negeri ini dengan pembukaan pelbagai projek besar di bawah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) di Samalaju seperti juga semasa pembangunan industri minyak dan gas sekitar 30 tahun lepas.
Itu semua belum lagi dicampur dengan apa yang dibangunkan oleh Pehin Sri Taib Mahmud dikawasan Tanjung Manis dan Mukah. Semua ini dibangunkan oleh kerajaan negeri Sarawak untuk siapa kalau bukan untuk kepentingan serta kemakmuran rakyat negeri Sarawak sendiri.
Adakah semua ini dilakukan bagi menambahkan kekayaan Pehin Sri Taib Mahmud? Apakah Anwar fikir rakyat Sarawak terlampau bodoh sehingga tak menyedari segala pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan negeri dibawah pentadbiran Pehin Sri?
Anwar dan Pakatan pembangkang sebenarnya lebih suka jika Sarawak kekal miskin dan papa kedana.
Sebab itulah dia asyik menjaja cerita bahawa negeri Sarawak masih daif dan sebagainya. Dan Sarawak pasti akan mundur dan makin miskin jika negeri ini jatuh ke tangan pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim. Lihat sahaja bagaimana huru haranya negeri-negeri yang diterajui oleh kumpulan mereka di Semenanjung.
Jika negeri-negeri sekecil P.Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor pun tak mampu mereka tadbir dengan baik, apakah mereka mampu membawa kemajuan dan ketenteraman di negeri Sarawak yang mempunyai pelbagai etnik serta berbilang jenis industri? Sebab itulah rakyat Sarawak perlu menolak politik janji kosong yang cuba dibawa oleh Anwar dan kumpulannya ke negeri tersebut.
Posted by Real Sarawak at 03:49
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.