Ahad, 20 Mac 2011

War Room Siri 3

Terima kasih kepada YAB Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang bercakap mengenai Perang Politik melalui media baru. Beliau berucap mengenai topik ini dalam konvensyen BN di Lumut pagi tadi.

Inilah yang ditunggu-tunggu oleh TM, dengan apa yang disebut oleh beliau tadi, bermakna war room Ummo Perak hendak lah berubah dan mempunyai iltizam untuk berubah. ia juga termasuk Umno Bahagian dan Umno Cawangan

War Room peringkat negeri mengeluarkan maklumat untuk diblastkan melalui twitter, facebook, SMS, MMS. email dan juga print out atau hand out, cd. podcast, vcd dan sebagainya.

Kenal pasti pemain-pemain facebook, twitter , blogger diperingkat negeri, satukan mereka dibawah satu pasukan dan salurkan maklumat untuk mereka menembak ke arah pihak musuh.

Wujudkan latihan-latihan untuk meramaikan pemuda, puteri dan wira untuk menjadi tentera di media cyber.


“Dan yang terakhir… bagi memastikan peperangan politik ini berjaya…. kita perlu kenal pasti sumber dan tenaga yang ada.


Katanya, sejajar dengan landasan menuju ke Pilihanraya Umum ke 13, BN perlu membuat persiapan rapi termasuk dengan menggunakan teknologi sebagai sumber peperangan politik baru ini.

“Tidak dapat dinafikan…. peranan Twitter dab Facebook adalah begitu penting dalam usaha kita menghadapi dan menangkis serangan musuh…. ini tidak termasuk lagi dengan web-web portal dan blog…. kesemua elemen ini memang tidak dapat dinafikan mampu memberi impak kepada rakyat.

“Kita boleh lihat bagaimana di Mesir…. hanya melalui Facebook satu fenomena terburuk berlaku dimana ada yang menggangap ia sebagai Revolusi FB.” katanya dalam ucapan di Konvensyen BN Perak pagi tadi.


Sehubungan itu, Zambry meminta ahli BN negeri itu supaya lebih peka dengan peredaran zaman dan tidak berada di takuk lama dan mengamalkan strategi yang telah lapuk.

Tahniah dan terima kasih Dr Zambry

Sumber : Perak Today