Inilah perangai celaka PKR Senadin. Masih ingat punca berlaku kejadian Mei 13. Adalah kerana pihak pembangkang tidak dapat menerima kekalahan 2 kerusi.
Lalu memberontak dan berarak untuk mendesak pilihanraya diadakan semula. s
Sekarang ia akan berlaku sekali lagi. Jika tidak dikawal satu rusuhan kaum akan meletus . Harap pihak polis dapat mengawal keadaan. Elakkan berlakunya peristiwa Mei 13.
Penjumlahan undi di Senadin tegang
by Steve Annuar dan Sudan Ajang. Posted on April 17, 2011, Sunday
MIRI: Suasana tegang penuh kemarahan menyelubungi pusat pengiraan undi di Stadium Tertutup setelah permintaan penyokong Parti Pakatan Rakyat (PKR) untuk mengira semula undi ditolak oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya.
Penyokong PKR menjerit “Recount” (Kira Semula) berulang-ulang kali untuk menghalang Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Chai Kho Het daripada mengumumkan keputusan yang memihak kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Lee Kim Shin dengan perbezaan sebanyak 58 undi.
Lee mendapat sebanyak 7334 undi sementara Teo mendapat sebanyak 7276 undi.
Pertelingkahan antara kedua-dua pihak tercetus pada jam 10 malam setelah pihak PKR mempersoalkan proses pengiraan undi dan meminta Chai untuk mengira semula undi tersebut buat kali ketiga.
Salah seorang ahli PKR cuba mendekati Chai di pentas ketika cuba mengumumkan keputusan undi tetapi berjaya dihalang oleh polis.
“Kira semula! Malulah pada diri kamu SPR!” Demikian teriakan berulang kali oleh para penyokong PKR kepada arah Pegawai Pengurus Pilihan Raya sejurus beliau mengumumkan kemenangan Lee.
Lee kemudian dibawa keluar dari Stadium Tertutup Miri dan disambut oleh penyokong PKR dengan jeritan ‘BN penipu!’
Sementara itu di kerusi DUN Pujut, calon BN, Andy Chia Chu Fatt bertekad akan kembali dalam pilihan raya negeri akan datang.
“Saya menerima kekalahan ini dan akan melakukan post mortem untuk mengenal pasti kesilapan. Saya akan terus bekerja untuk membantu rakyat,” katanya ketika ditemui media selepas pengumuman keputusan pilihan raya semalam.
Andy Chia kalah kepada calon DAP Fong Pau Teck dalam pilihan raya negeri ke-10 dengan undi majoriti 3,849.
Dalam keputusan yang diumumkan oleh pegawai pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Henry Jalin Wat di Kampung Sukan Petronas semalam, Andy Chia mendapat 5,271 undi manakala Fong 9,120. Seramai 14,391 jumlah undi diterima dan daripada jumlah itu 67 undi rosak.
Sebanyak 14,488 kertas undi dikeluarkan, namun hanya 30 tidak dikembalikan.
“Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan saya menerima keputusan para pengundi dan saya akan kembali,” katanya sambil menambah kekalahan itu merupakan perkara penting untuk menjadi teladan, bukan sahaja kepada parti bahkan kepada generasi muda.
Andy Chia dalam pada itu berterima kasih kepada pengundi yang memberikan sokongan kepada beliau.