Sebagai gantinya tanah perladangan seluas 367,000 hektar milik Felda akan diagihkan kepada sekurang-kurang 79,000 anak-anak generasi kedua bawah Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK).

"Kami sedar proses saringan mungkin mengambil masa, jadi kami akan edarkan borang permohonan pada perhimpunan kami 28 Mei ini dan membuat saringan selepas itu.
"Kami akan bekerjawasama jawatankuasa kemajuan kampung (JKKK), agensi parti (komponen Pakatan) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan untuk memungut permohonan dan melakukan saringan,” kata Mazlan pada sidang akhbar hari ini.
Menurutnya, anak-anak peneroka di bawah lingkungan pendapatan tertentu dan bekas anggota tentera yang dijanjikan tanah apabila mereka bersara yang menyertai skim itu akan diberikan keutamaan.

Beliau juga berkata ANAK akan mencadangkan kepada Pakatan supaya memasukkan dalam manifestonya bahawa semua hutang oleh peneroka kerana kos menanam semula melalui Felda dimansuhkan.
"Beberapa bulan lalu, seorang lelaki di Negeri Sembilan menunjukkan kepada saya bahawa hutangnya telah bertambah kepada RM95,000... ini sesuatu yang membebankan," katanya.