Husam Musa pula meminta Dato Eskay menjalani ujian pembohongan, dan seruan Husam disambut oleh Dato Eskay. Anwar bagaimana? Sudah tentu Anwar akan menyatakan ujian menggunakan mesin tidak boleh diterima pakai kerana ianya juga benda baru yang berbentuk tokok tambah atau bidaah.
diambil dari blog Anwar |
Sumpah sumpit Anwar adalah cerita lama, isu meliwat Azizan Abu Bakar, Sukma dan ramai lagi sampai sekarang Anwar tak berani bersumpah, pada hal beliau telah berjanji berkali-kali untuk melakukannya.
Orang kalau dah kaki kelenton tak boleh buat apa dah. Celik mata dan tengok sahaja cahaya matahari dia berfikir apa agenda nak kelentong rakyat.
Sumpah hukumnya Bidaah kata Anwar |
Sedihnya ialah kerana budaya kelentong dah berjangkit kepada anak isteri beliau sendiri. Dia dok desak supaya kerajaan mengenakan hukum qazaf kepada Dato T, Qazaf atau tidak, Anwar hendahlah mengambil inisiatif untuk menfailkan kes ke mahkamah syariah tetapi jangan lah kelentong rakyat macam kes qazaf terhadap Saiful.
Dalam kes Qazaf Anwar vs Saiful telah bertukar menjadi Kerajaan vs Saiful. Apa punya gampangnya Anwar. Bila kes di tolak Anwar menyalahkan kerajaan dan mahkamah.
Anwar lupa bahawa dalam mahkamah syariah memang ada klaus sumpah, jika kedua-dua pihak buntu dalam perbicaraan , hujungnya ialah sumpah mubahalah juga. Oleh itu dakwaan Anwar kata sumpah adalah bidaah sama sekali tidak betul
Untuk Jalani Ujian Poligraf
Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa mencabar trio ‘Datuk T’ menjalani ujian poligraf bagi mengesan sama ada mereka berbohong atau tidak dalam isu video seks yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, ujian itu perlu dilakukan bagi membolehkan dakwaan mereka itu benar-benar boleh dipercayai dan bukan sekadar tindakan terdesak untuk kepentingan politik murahan.
“Kalau Datuk T betul, saya cadangkan adakan ujian poligraf untuk memastikan mereka tidak berbohong mengenai isu video aksi seks). Ujian perlu dilakukan secara terbuka dengan dihadiri panel-panel pakar,”
Berikutan dari cabaran yang di lemparkan Yb Hussam Musa Musa pihak KL Pos telah menguhubungi Dato Eskay berhubung cabarang Yb Hussam Musa. Dato Eskay dalam kenyataan yang di buat melalui panggilan talifon bersetuju menyahut cabaran Yb Hussam Musa dan meminta agar Ujian Poligraf di adakan secepat mungkin bagi menjelaskan kebenaran yang wajar di ketahui rakyat.
Dato Eskay juga meminta agar Dato Seri Anwar Ibrahim turut sama menjalani ujian Poligraf serentak di hari yang sama dan ujian Poligraf tersebut juga wajar di buat secara langsung agar seluruh dunia dapat mengikutinya secara langsung.
Dato Eskay juga menegaskan jika Ujian Poligraf di terima oleh kepimpinan PAS maka tidak ada salahnya Bukti Video Seks dan Jam tangan Omega turut di terima pakai oleh kepimpinan PAS yang ada memandangkan segala bukti bukti yang wujud dalam isu Video Seks ini harus di guna pakai oleh semua pihak bagi menentukan siapa yang benar dan siapa yang Pembohong.