Selasa, 24 Mei 2011

BEGITULAH SIKAP PEMBANGKANG PAKATAN HAPRAK

PEMBAHAGIAN HARTA PERANG !! : BENGHOK RM 300 RIBU, KUGAN RM 30 RIBU..ANAK YATIM MELAYU RM 1 RIBU !!



 
GOMO :
 
Takziah kepada mangsa yang terlibat dalam Tragedi Tanah Runtuh di Kuala Langat Selangor dan tahniah juga kepada kerajaan negeri Selangor yang akan menyumbangkan sebanyak RM1000 kepada keluarga mangsa yang terlibat.

Kenyataan Khalid Gagap MB Selangor:

"Menteri Besar akan menyumbangkan RM1,000 kepada setiap keluarga yang anak mereka terkorban dalam kejadian ini sebagai tanda prihatin dengan nasib malang yang tidak dijangka ini"

RM1000 Untuk setiap keluarga Mangsa Yang terlibat!!!

Gomo bukan nak mempertikaikan wang yang di berikan kepada mangsa yang terlibat namun Gomo tidak berpuas hati sama sekali dengan jumlah amaun RM1000 yang akan di berikan kepada keluarga mangsa Kejadian Tanah Runtuh. Kenapa hanya RM1000?

Teoh Beng Hock yang mati BUNUH DIRI di berikan dana oleh kerajaan Selangor yang di anggarkan sekitar RM300 Ribu yang tidak lagi termasuk dengan kos Pakar Forensik yang di import dari Thailand.

Teoh Beng Hock RM300 Ribu yang mana mati pun akibat BUNUH DIRI dan bukan nya di timpa bencana sebagaimana yang berlaku ke atas mangsa kejadian Tanah Runtuh ini.

Kugan penjenayah yang MATI ketika di dalam tahanam Polis di berikan sebanyak RM30 Ribu kepada keluarga mangsa bagi menguruskan pengebumian si mati. RM30 Ribu hanya untuk seorang PENJENAYAH!!!

Apa sudah berlaku? Kenapa bila tang Melayu, bila bab orang Islam maka RM1000 sudah memadai bagi kerajaan PR Selangor membantu?

Jelas lah di sini orang Melayu tidak lah penting dalam apa yang Pakatan Rakyat perjuangankan. Mereka PR hanya mementingkan Undi Kaum Cina dan India sahaja. tergolek Tergadai Melayu pun siapa yang kisah kerana Melayu Totok UMNO.

Barangkali dalam nada Pemimpin PR lebih elok mereka menjaga Kaum Cina dan India dari menjaga Orang Melayu yang mudah Lupa.