Selasa, 24 Mei 2011

Dapat netbook free, jual pulak

Ini kisah tak seronok didengar tentang pemberian netbook percuma kepada pelajar sekolah menengah. Ia berlaku di Taiping dan mungkin tempat-tempat lain juga.

Jika ada 4 anak, dapat 4 netbook. Jika anak guru dan lain-lain jawatan yang ada slip gaji, tobat tak dapat.

Anak anak orang kampung pula dapat netbook jual RM 500 sebiji.

Anak Taiko Tai yang pakai Toyota Alphard , Toyota Wish, Honda Accord senang senang dapat netbook sorang sebiji.

Salah sapa?

Salah AJK peringkat sekolah yang membuat tapisan, tak siasat betul betul. Ramai ibu bapa yang berniaga, menipu dalam maklumat pendapatan. Income puluhan ribu tulis ratus-ratus.

Kesalahan kedua ialah terletak kepada rakyat kita sendiri yang suka berbohong. Berbohong dan memalsukan maklumat terutama jumlah pendapatan keluarga.

Mentality subsidi masih menebal dalam jiwa rakyat kita. Tak dapat bising, bila dapat kejan minta dipercepatkan. Last-last tibai kerajaan kononnya duit dan bantuan bukan duit Umno tetapi duit rakyat bayar cukai.

Ayat ini Pas suka guna, duit kerajaan duit rakyat.

Malu lah sikit, bab bab bantuan ini bukan ambil duit rakyat tetapi sumbangan individu dan syarikat yang berjaya. Tak ada kena mengena dengan duit rakyat.

Justeru, satu laporan lengkap dan pemantauan atau kaji selidik perlu dilakukan oleh kerajaan untuk melihat kesan pemberian komputer netbook.

Kepada mereka yang menjual netbook perlu dihukum. Hukuman mudah, jika menerima biasiswa kecil persekutuan sila tarik balik. Jika berjaya masuk IPTA/S jangan bagi pinjaman PTPTN.

Kepada anak anak Taiko tai pula, jangan layan permohonan mereka untuk biasiswa seperti yang dibising oleh YB Wee Ka Siong. PTPTN pun jangan bagi.

Jika anda yang membaca luahan rasa ini sila bagi pandangan anda pula.

Penyelewengan ini serious dan perlu tindakan segera.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.