Isnin, 30 Mei 2011

ISU JILAT KAKI ANWAR

Nik Aziz dalam ceramah politik nya minggu lalu, meminta orang Umno yang menuduh dan menfitnah Anwar Ibrahim supaya segera memohon maaf dengan beliau dan menjilat kaki Anwar.

Untuk menjilat kaki Anwar adalah perkara kecil, tetapi sebelum orang  Umno menjilat kaki Anwar, TM ingin melihat dahulu orang-orang Pas sendiri yang memohon maaf dan menjilat kaki Anwar.

Pas perlu menjilat kaki dan muntah sendiri kerana sepanjang 16 tahun Anwar berada dalam Umno, sepanjang 16 tahun juga lah Pas mengkritik dan menfitnah Anwar. Lebih-lebih lagi Mat Sabu yang menggelar Anwar Al-Juburi.

Apa macam ! Nik Aziz dan Mat Sabu berani jilat kaki?

Dalam ceramah membela Anwar baru-baru ini jelas menunjukkan sifat munafik Nik Aziz yang memuji Anwar dari hujung rambut sampai hujung kaki Anwar.