udah rupa ni pulak? |
Orang seni yang baru 'berhijrah'...belum menemui ketenangan dan keredhaan...digunakan untuk berceramah politik.. Pengisian ceramah penuh dengan kemarahan dan hamburan tuduhan keatas pemerintah yang dipersalahkan diatas segala benda yang berlaku keatas kehidupan beliau sebelum penghijrahan. Sehinggakan masalah beliau dengan anak pun diletakkan kesalahan atas sistem pembelajaran yang diperkenalkan oleh kerajaan.
Apakah beliau belum diajar oleh 'Ustaz' atau 'Sheikh' beliau bahawa apa yang berlaku kepada kita adalah ketentuan Illahi??? Kita perlu redha dengan perjalanan yang Allah tentukan untuk kita disamping berusaha - dengan hidayah dan keredhaan Illahi - untuk memperbaiki keadaan kita. Bukan nya mengherdek dan mempersalahkan kerajaan dan orang sekeliling kita untuk apa saja yang kita 'rasa' tidak adil buat diri kita... Cari lah keredhaan yang sebenar dan baru naik pentas dan bercerita pengalaman kamu wahai Bob Lokman... naik meloya dengar ceramah kamu...berceramah lah secara ikhlas..
Bersyukurlah kerana telah diberi nikmat oleh Allah dalam menempuh perjalanan yang penuh dengan nikmat dunia dan kemudian diberi pula peluang oleh Allah untuk mendekatkan diri dengan Nya tanpa perlu menempuh alam barzakh dahulu... ingat lah Bob..
Gambar dan tulisan oleh Minaq Jinggo