Taipingmali kerdil saja, jika dibandingkan dengan Anwar Ibrahim yang gah satu antera dunia. Dulu masa Anwar mula-mula buka akaun twitter, bukan main seronok bila kita jadi pengikutnya.
Ayatnya dan ucapan terima kasihnya bukan main manis lagi bila TM menjadi pengikut. Bagaimanapun ianya bertahan untuk beberapa minggu sahaja dan twitter TM terus ditendang keluar.
Mohon lagi untuk menjadi pengikut kali kedua, diterima baik tetapi tiada lagi ucapan selamat datang. Bagaimana pun akhirnya TM bukan ditendang tetapi diharamkan untuk menjadi pengikut nya. atau dengan kata lain diblock terus. Sama juga kes dengan Rafizi Ramli juga block TM, kini hanya Tian Chua yang masih ok.