Tidak adil jika Pas sepanjang tahun saban hari dan saban malam mengkritik Umno dan pentadbiran kerajaan BN sesuka hati mak bapak mereka.
Maki hamun, fitnah, cerca dan mencaci cela pemimpin BN adalah mainan dimulut mereka tanpa rasa berdosa dan bersalah.
Harakah menjadi lidah Pas untuk menghentam kerajaan tanpa fakta yang benar sebaliknya penuh auta dan temberang.
Mat Sabu, Husam Musa, Din Pudu, Azli janggut, Bob Lokman, Akil Hiyy dan ramai lagi adalah penceramah yang terkenal dengan caci maki.
Namun sikit pun tidak dipedulikan oleh mereka yang dicaci maki.
Persidangan Agung Umno, juga mendapat liputan meluas dalam Harakah dan lain-lain tabloid.
Justeru, Salahkah jika giliran Umno pula untuk membuat ulasan dan merumuskan muktamar Pas yang ke 57 itu?
Kebebasan bersuara yang dituntut oleh Pas harus dipatuhi. Nampaknya Pas hanya pandai bercakap tapi cakap tak serupa bikin, wartawan pun tidak diberi kebebasan , hanya yang berpihak kepada mereka sahaja dibenarkan untuk membuat liputan.
Memang haprak punya Pas. Berikut ialah amaran Pas kepada Umno yang petik dari akhbar Sinar Harian
Pas memberi amaran kepada UMNO jangan 'menyuntik jarum berbisa' dengan membuat dakwaan Pas sekarang dikuasai golongan profesional dan bukan golongan ulama.
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, dakwaan itu tidak berasas kerana golongan ulama akan terus dihormati dan peranan golongan ini tidak akan dikecilkan.
"UMNO-Barisan Nasional (BN) melalui media terus menyuntik jarum berbisa ini ke dalam parti. Ingin saya bertanya, adakah saya akan memusnahkan Pas dengan kemenangan yang kami perolehi?
"Jika UMNO terus mahu pecahkan Pas, kita akan lawan mereka sehingga mereka menyembah ke bumi," katanya.
Selain itu, Salahuddin mengulangi pendirian bahawa golongan ulama dalam Pas akan terus dihormati dan bukannya seperti UMNO yang hanya meletakkan golongan ulama sebagai perhiasan.
Mengenai pemilihan Pas tahun ini, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, akui pemilihan kali ini paling sengit dalam sejarah parti terbabit.
"Semua tiga calon timbalan presiden dan enam calon naib presiden kali ini adalah yang terbaik dan boleh memimpin negara," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.