Bazaar MAINS dan ....
Kalau sebelum ini, Bazaar MAINS di Seremban ingin dibeli dan dimajukan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Sembilan, namun tak dilayan.
Dengan kemerosotan yang tiada untung dalam berniaga, peniaga-peniaga di bazaar itu, timbullah inisiatif PAS itu. Apalagi dengan ketiadaan petunjuk ke bazaar itu suatu waktu dulu.
Kini, apa yang dapat dilihat Bazaar MAINS sudah jadi apa?
Ya waktu malamnya terang benderang dengan cahaya pasar malamnya. Indah.
Suatu hari sewaktu bersiar ke pasar malam Seremban yang tempatnya benar-benar di jalan Bazaar MAINS.
“Dah lama ke ada karaoke ni kak?” ujar ana.
“Dah 3 bulan dah. Bising sangat,” luah peniaga yang kami singgahi tempatnya.
“Dah cuba kemukakan pada yang berkenaan?”
“Dah. Tiada reaksi. MPS yang arahkan kata mereka.”
Demikianlah perbualan ringkas kami.
Apa sudah jadi Bazaar MAINS pada malamnya dijadikan tempat berkaraoke? Bagi ana sendiri, ia sangat memalukan. Sudahlah namanya Bazaar Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) [tapi tak tahulah kalau ada nama lain], namun ia digunakan pula untuk maksiat! Malulah!
Yang menyayi itu pula bukanlah artis. Kalau artis pun ana memang benci. Maksiat terbuka jadinya tempat tu. Tapi tak tahulah kalau ada artis datang sekali sekala. Tapi menurut maklumat peniaga pasar malam itu, memang menyusahkan mereka. Kerana sering apa yang pelanggan pesan tidak didengari, maka lainlah yang diberikan hingga menjejeaskan mutu perniagaan mereka.
Moga perkara ini disegerakan tindakannya. MAINS, jangan namamu tercemar kerana maksiat-maksiat itu..