Khamis, 9 Jun 2011

Fw: KENAPA MEMUSUHI PERKASA ? ( 1 )

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: othman mohamed <othmanmohamed6667@gmail.com>
Date: Thu, 9 Jun 2011 14:31:37 +0800
To: <taipingmali@gmail.com>; <tapakukuhiring@gmail.com>; <irwanfahmi@hotmail.com>; <rosezie2003@yahoo.com>; <norlizaizul@gmail.com>
Cc: <othmanmohamed6667@gmail.com>
Subject: KENAPA MEMUSUHI PERKASA ? ( 1 )

          PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA ( PERKASA )yang ditubuhkan dengan hasrat mempertahankan hak-hak Orang Melayu dan Bumiputera didalam Perlembagaan terus dipandang serong oleh pehak tertentu, entah mengapa sejak selepas Pilihan Raya Umum ke 12 lalu apa sahaja berkaitan Orang Melayu akan dilihat RASIS,Ertinya seorang Melayu tidak kira siapa pun tIdak lagi boleh bercakap lagi soal hak dan kedudukan mereka sebagai Orang Melayu. kalau mereka bercakap soal Melayu  maka mereka dianggap sebagai RASIS dan mereka ini perlu dijauh, itulah yang dialami oleh PERKASA sekarang.Apa yang anehnya sebelum ini apabila wujudnya Pertubuhan bukan Kerajaan yang mewakili kepentingan sesuatu kaum seperti HINDRAF SIQUI dan DONG ZHONG tidak pula dilihat sebagai RASIS.
          Malah TIDAK ada satu pun parti politik sama ada didalam Kerajaan mahu pun Pembangkang membuat kenyataan meminta Pertubuhan-Pertubuhan berkenaan dijauhi, Namun yang peliknya apabila menyentuh soal PERKASA semua Parti-Parti Politik tersebut hatta UMNO sekali pun mahu menjauhinya,Semuanya kerana bimbang dituduh RASIS memandangkan ia ada kaitan dengan orang melayu.Sebenarnya ia tidak menguntungkan orang melayu malah ia akan menyemarakan lagi semangat puak-puak tertentu yang terus menyentuh apa yang sudah termaktub didalam Perlembagaan, Mereka boleh berbuat demikian kerana yakin apa yang diperjuangkan oleh PERKASA tidak akan dibela oleh mana-mana Parti Politik Melayu sama ada UMNO mahu pun PAS.

          Keadaan itu berlaku kerana  PERKASA dilihat sama taraf dengan Siqui-Dong Zhong dan Hindraf, PERKASA dianggap RASIS dan PERKASA dituduh sebagai puak pelampau tetapi adakah tuduhan yang sama pernah dilemparkan kepada Siqui-Dong Zhong dan Hindraf ?PERKASA tidak pernah menbuat tuntutan seperti mana ketiga-tiga Pertubuhan berkenaan menuntut,Tidak pernah pula sepanjang kewujudannya PERKASA berarak kekedutaan Britain bagi menuntut Kerajaan Negara itu membayar pampasan kepada Orang Melayu terhadap apa yang berlaku ketika zaman penjajah dahulu,tetapi ia pernah dilakukan oleh Hindraf bagi kaum India yang jelas bersifat perkauman .Ketika itu tidak ada Parti-Parti Komponen Barisan Nasional atau Pembangkang menyanggah Siqui-Dong Zhong dan Hindraf, Malahan apa yang kita semua tahu salah seorang Pemimpin kanan MIC meminta supaya jangan siarkan kenyataannya mengkritik Hindraf takut orang berbangsa India marah, begiti juga MCA dan GERAKAN apakah pernah mereka membawa usul supaya BN menjauhi Siqui dan Dong Zhong ? Tetapi apabila menyentuh soal PERKASA pendirian mereka berbeza.

          Apakah kerana PERKASA memperjuangkan hak Orang Melayu dan Bumiputera maka PERKASA dilihat salah dan terlalu perkauman, Kita jangan lupa apabila Parti-Parti Componen BN terutamanya GERAKAN dan MIC memperolehi keputusan buruk dalam pilehan raya umum mereka menyalahkan UMNO, mereka kata UMNO terlalu dominan ertinya sebuah parti melayu dipersalahkan. Sekarang mereka mencari alasan lebeh awal dengan meminta supaya PERKASA yang jelas memperjuangkan hak dan keistimewaan Orang Melayu didalam Perlembagaan dijauhi nampaknya misi mereka berjaya, Persoalannya apakah ini akan menguntungkan  Kerajaan atau lebeh tepat Orang Melayu, Apakah dengan menjauhi PERKASA Orang Melayu lebeh merasa selesa dan akan tercapai segala yang tersurat dan yang tersirat,Baru-baru ini awal-awal lagi Parti Gerakan Pulau Pinang sudah meramalkan DAP akan terus akan Memerintah  Pulau Pinang selepas PilIhan Raya Umum ke 13 nanti ertinya mereka telah mengalah lebeh awal mungkin sengaja ingin memberi laluan kepada rakan seperjuangan.

          Kalau awal-awal lagi sudah mengaku kalah tidak perlulah pucuk pimpinan BN memberi KERUSI kepada Parti Gerakan untuk bertanding lebeh baik berikan  kerusi yang nak dipertandingkan kepada UMNO atau Parti lain yang ingin berjuang habis-habisan apa guna bagi kepada pengkhianat kepada BN, Apa yang ingin disampaikan ialah jika sesebuah parti itu kalah didalam Pilehan Raya ia bukan kerana orang lain tetapi disebabkan kelemahan Kepimpinan Parti iti sendiri, Jadi janganlah cuba menjadikan PERKASA sebagai kambing hitam bukanlah suatu rahsia lagi bagaimana MCA,GERAKAN atau MIC malah UMNO (disetengah negeri) belum mampu mengembalikan keyakinan rakyat sepenuhnya, Oleh itu apabila PERKASA cuba dijauhi ia sebenarnya tidak menguntungkan sesiapa sebaliknya yang akan mengalami kerugian besar ialah Orang Melayu.

          Perkasa bukan Parti Politik Pertubuhan ini hanya mempertahankan hak yang termaktub dalam Perlembagaan, PERKASA menentang usaha mewujudkan Perlembagaan baru, Dasar Ekonomi Baru digugat dan mempertahankan Kontrak Sosial
itu yang kita buat dan kta  tidak menentang mana-mana kaum tetapi kenapa PERKASA menjadi mangsa?,Justeru jika PERKASA cuba dijauhi dan dimusuhi maka Orang Melayu akan berpecah lagi setelah sebelum ini Orang Melayu berpecah kedalam UMNO-PAS-PKR dan atas pagar kini ujud pula puak yang menyokng PERKASA kesudahannya siapa yang lemah?sudah tentu Orang Melayu sebab itu lah sementara kita menentang sebarang perjuangan mempertahankan hak sesuatu kaum secara keterlaluan seperti yang dilakukan Hindraf dalam masa yang sama kita juga perlu mengelak dari terperangkap dalam Politik licik mana-mana pihak yang mahu melemahkan KUASA POLITIK MELAYU secara tersirat.
          Adalah lebeh baik jika PERKASA tidak dimusuhi sebaliknya diajak berbincang megenai apa yang PERKASA perjuangkan orang melayu tidakmendapat apa-apa faedah jika PERKASA mewujudkan sebuah lagi pakatan politik sebaliknya hanya akan menyebabkan kuasa politik melayu semakin berkurangan kerana perpecahan yang berlaku jika ini berlaku maka sudah pasti semakin banyak pihak yang naik tocang dan membuat tuntutan yang bukan-bukan sehingga PERLEMBAGAAN NEGARA pun mahu ditulis semula,Disini sudah jelas ada perancangan pehak tertentu yang ingin menyekat pergerakan perjuangan PERKASA kepada kaum yang berbangsa Melayu marilah bersama-sama menyertai PERKASA demi untuk kita mempertahankan hak-hak orang Melayu yang mana kebelakangan ini telah banyak digangu-gugat oleh pehak-pehak yang tidak bertanggung jawab, yang teramat malang bagi kita apbila ada Orang Melayu sendiri yang sanggup mengkianati PERJUANGAN PERKASA

Drp :Othman Mohd
TPPD Lms