Kebanyakan ketua-ketua jabatan telah mengeluarkan arahan agar kakitangan kerajaan tidak melibatkan diri dengan perhimpunan haram yang akan diadakan di Kuala Lumpur.
Kebanyakan mereka yang akan hadir adalah hard core Pas yang berkhidmat dengan kerajaan persekutuan dan juga kerajaan negeri,
Menurut mereka yang akan menyertai perhimpunan ini, mereka yakin mereka tidak akan ditangkap selagi mereka tidak membuat sesuatu yang luar biasa yang membolehkan mereka ditangkap.
Dan mereka juga bertekad dengan berkata " Apa nak jadi, jadi lah, mereka tekad untuk pergi juga, kerajaan tak akan buang mereka".
Jika demikian cabaran mereka eloklah ditangkap sahaja dan dipecat dari jawatan mereka. Ini baik kerana diluar sana ramai lagi anak-anak Umno yang tak dapat kerja kerajaan. Ianya kerana pengawai-pegawai atasan dalam kerajaan ramai orang Pas dan mengambil anak-anak mereka untuk mengisi kekosongan jawatan sebelum ini.