Jumaat, 8 Julai 2011

12/11/2007: Sokong tuntutan Bersih, PAS cadang pakai baju kuning setiap Sabtu

Dalam Mesyuarat PAS Pusat semalam mencadangkan supaya ahli,para penyokong PAS dan rakyat Malaysia amnya memakai baju kuning 'Bersih' setiap hari Sabtu sebagai tanda sokongan terhadap tuntutan rakyat yang mahukan sebuah pilihan raya adil dan demokrasi negara dipulihkan.

Ini adalah sebagai satu lanjutan kepada perhimpunan rakyat yang telah berjaya diadakan pada 10 November lepas sehingga Kuala Lumpur diwarnai landskap manusia berbaju kuning yang menyatakan sokongan terhadap tuntutan Bersih itu.

Mengulas lanjut isu tersebut Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar berkata cadangan itu telah dibangkitkan oleh salah seorang AJK PAS Pusat namun cadangan tersebut akan diputuskan tidak lama lagi.

"Cadangan tersebut amat positif. Pemakaian itu sebagai satu simbol sokongan rakyat yang mahukan perubahan dalam demokrasi negara yang semakin pincang dan mahukan supaya tuntutan pilhanraya yang bersih dan adil dapat dilaksanakan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

"Ia masih di peringkat cadangan dan kita akan putuskan tidak lama lagi." katanya lagi.

Dalam pada itu aktivis politik Ruhanie Ahmad dalam blognya juga turut mencadangkan supaya 'Gelombang Kuning' dengan pakaian kuning setiap Sabtu.

"Gelombang kuning perlu terus digelorakan di seluruh pelusuk tanahair tercinta. Bukan dengan perarakan ke Istana Negara di Kuala Lumpur sahaja," katanya dalam blognya Kuda Kepang.

"Tapi, hanya dengan memakai pakaian - baju, baju-t, tudung, necktie, selendang, kot, jubah, serban, seluar, skirt atau topi berwarna kuning pada setiap hari Sabtu," katanya

Katanya pemakaian warna kuning pada setiap Sabtu mulai hujung minggu ini sebagai simbol kasih dan sayang kita kepada Raja dan Negara dan tindakan ini amat bersesuaian dengan prinsip kedua Rukun Negara di mana rakyat mengikrarkan kesetiaan kepada Raja dan Negara pada setiap masa.

"Kita juga kenakan pakaian warna kuning setiap Sabtu untuk memperingati Sabtu 10:11 atau Sabtu 10 November 2007, tarikh bermulanya gelombang kuning di negara ini," cadangnya lagi.



2007 dah bagi memorandum kepada DYMM YDP Agong. Tahun ini pun 2011 nak bagi lagi? Bodoh punya Anwar.


Agong ada lambang demokrasi berparlimen, maka dewan rakyatlah tempat untuk menyuarakan tuntutan pihak parti pembangkang. buka di hadapan istana .


Kalau dah tak reti dan tak faham sistem perundangan negara , sila letak jawatan sebagai wakil rakyat dan merambuslah ke mana sahaja.