Pakatan Haram Rakyat berjaya mengadakan program Bersih pertama mereka pada tahun 2007 dan memorandum telah berjaya diserahkan oleh Anwar, Hadi Awang dan Lim Kit Siang kepada pegawai istana di pintu pagar Istana Negara
Pada ketika itu, Pas, Dap dan Pkr bermaharaja lela dalam cyber media. Apa mereka buat , tidak mendapat bantahan dari cyber trooper pro kerajaan seperti hari ini.
Program Bersih dapat dilaksanakan dengan mudah . malah polis juga tidak mampu menyekat atau menghalang usaha mereka. Polis melalui unit FRU hanya mampu melihat dan mengawal keadaan sahaja.
Provokasi yang dilakukan oleh mereka terutama Pas memang menyakitkan hati kami rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian.
Apa yang mampu kami lakukan ialah melihat sahaja kerakusan dan keganasan puak-puak Pas yang lebih sudu dari gula berbanding Dap dan Pkr.
Nah! Hasil usaha mereka sebelum PRU 12 telah berjaya menumbangkan kerajaan BN di 4 buah negeri dan mengekalkan kemenangan besar di Kelantan setelah nyawa-nyawa ikan dalam PRU 20004.
Berkat semangat juang yang tinggi, beberap blog pro kerajaan BN telah muncul satu demi satu selepas kekalahan BN pada 8 Mac 2008. Tun Mahathir lah yang mendorong lebih banyak bloggers baru untuk mengimbangi pengusaan bloggers Pas khususnya.
Dengan itu tertubuhlah BPN atau nama penuhnya Bloggers Pembela Negara dan setahun selepas pemilihan MKT pula muncul UMB di bawah Pemuda Umno Malaysia.
Papa gomo menggelarkan dirinya sebagai blogger nyamuk, RBF dan Medan Info menggelarkan diri mereka blogger jalanan. Kami miskin, tetapi kami kaya semangat. Kami menulis di cyber cafee, atau dimana sahaja yang ada internet percuma.
Hari ini setelah 3 tahun , suara kami semakin kuat dan semakin dikenali. Jika dahulu blogger seperti Rocky bru, Dato Ron dan beberapa nama besar lagi sering menjadi buat mulut orang, kini nama Papa Gomo menjadikan Pas ketar lutut apabila mendengar loceng amaran dari beliau.
Berkat usaha bloggers pro BN yang jumlahnya semakin besar, telah berjaya menghuru-harakan bloggger Pas yang terlalu kuat sebelum ini.
Nama seperti Papa gomo, House Pk. Rbf, Mim Pisau sering terpampang di muka tv dan di dada akhbar.
TM begitu yakin, kerana usaha bloggers pro BN lah menyebab usaha pembangkang untuk mengadakan Bersih 2.0 terbantut.
Kini Dato Rocky dengan Blog House Malaysia, Tun Faisal dengan UMB, Panglima dengan BPN dan terkini muncul satu lagi NGO baru iaitu 1 Agenda yang diketuai oleh Zul Azhar Cha dan TM sendiri sebagai orang kedua dalam badan tersebut.
1 Agenda bukan satu nama yang syok sendiri, tetapi kami telah pun mendaftar secara sah dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan pada waktu ini masih dalam status penaja. Selain menjaga kebajikan penggiat media sosial ini, kami juga akan memantau setiap salah laku individu yang menyalahgunakan media sosial untuk menimbulkan ketegangan kaum dan menfitnah kerajaan. Selama ini kita hanya mendiamkan diri apabila difitnah oleh mereka.
Ambil contoh kes Jeffry Damien yang mebuat karikatur Nik Aziz diliwat oleh Anwar. Ia menyebabkan laporan polis dibuat oleh mereka terhadap Jeffry. Cuba lihat pula karektor kartun yang menghina Tun Mahathir, DS Najib dan pemimpin kerajaan yang lain. tidak pula menjadi kes polis.
Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang. Ayoh kita gembur dan kuburkan Pas, Dap dan Pkr. Kegagalan Bersih 2.0 adalah kejayaan bloggers pro kerajaan juga. Terima kasih kepada kepada PDRM kerana mendengar dan bertindak bijak kali ini.