Beberapa tahun lalu, jaket pantulan cahaya menjadi kewajipan kepada setiap anggota tentera di Taiping.
Adakalanya kita dapat melihat gelagat anggota yang terkial-kial menyarung jaket apabila hampir sampai ke kem tempat bertugas. Ada juga anggota yang degil dan ditahan oleh MP yang bertugas.
Lama kelamaan arahan pemakaian jaket tersebut telah dilupakan. Kini setiap anggota tidak lagi berjaket. Semuanya dah balik asal.
Anggota tentera yang bermotosikal dengan memakai baju celoreng amat sukar dilihat tambahan jika berlatar belakang berwarna hijau.
Sewaktu musim bola sepak piala dunia seorang anggota tentera telah maut dilanggar kenderaan awal pagi sewaktu beliau dalam perjalanan untuk bertugas. Kejadian dapat dielakkan jika beliau memakai jaket pantul cahaya .
TM mengharapkan peraturan jaket tersebut dapat dikuatkuasa semula, bukan sahaja di Taiping tetapi seluruh negara.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.