Dalam lawatan turun padang Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut ditemani oleh Menteri Besar Perak Dato Seri Diraja Dr Zamry Abdul Kadir, Dato Rosli Husin Ketua Umno Bukit Gantang dan beberapa pemimpin parti komponen BN dalam program bertemu rakyat Taman Kaya Sabtu lepas telah bersetuju untuk membaiki semula pasar tersebut yang sudah usang dan uzur.
Semasa meninjau dan berbual dengan beberapa peniaga yang sedang mengemas gerai mereka telah menyatakan bahawa pasar tersebut memang patut dibaiki segera dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan.
Menurut mereka , sistem perparitan, longkang, lantai , meja jualan, bumbung, corong air hujan, malah pagarnya juga tidak selamat kerana barang-barang yang mereka tinggalkan dalam peti sering dipecah dan dicuri. Ini termasuklah alat penimbang, bahan-bahan besi dan keluli yang menjadi sasaran menagih dadah yang menjual besi buruk. Bagi peniaga sebelah matahari naik, juga berharap pihak kerajaan dapat membuat pelindung cahaya pagi yang terik. Tambahnya mereka agar bumbung dapat ditinggikan agar keadaann dalam pasar lebih sejuk dan memberi keselesaan kepada pengunjung.
|
Kereta pun masuk |
|
besi penutup longkang pun hilang |
|
susun atur yang tidak bersistem |
|
meja tambahan menjadikan ruang sempit |
|
Penuh dengan perabut buruk |
|
Besi longkang yang berkarat dan uzur |
|
lantai meja usang |
|
hancur lantai meja jualan |
|
tidak kemas |
|
saluran air hujan yang berkarat dan bocor |
|
reput |
|
melindungi sinaran matahari pagi |
Mereka juga berharap ruang perniagaan dibesarkan dan memberi peluang kepada lebih ramai peniaga yang berniaga secara haram diluar dapat sama-sama berniaga di dalam premis tersebut untuk bersaing secara sihat.