Selasa, 5 Julai 2011

RTM Tersalah Lapor,Harap Perbetulkan Berita Mengenai Penghinaan Agong

Filed Under ( ) by pisau on 5.7.11

Hari ini pihak RTM telah tersalah lapor mengenai satu laporan Polis yang dibuat semalam oleh Persatuan Anak Jati Pulau Pinang kononnya blog Pisau membelakangkan DYMM YDP Agong ,sedangkan semalam semasa laporan polis dan temuramah dibuat Pisau turut berada bersama rakan rakan blogger lain membantu memberikan maklumat mengenai penghinaan yang dilakukan oleh pakatan terhadap YDP Agong.


Selepas merujuk kepada pemberita RTM yang bertugas semalam ternyata beliau telah tersalah lapor sedangkan blog ini yang mendedahkan mengenai penglibatan penghinaan dan penderhakaan yang dilakukan oleh penyokong pakatan didalam facebook dan tweeter.


Tidak ada mana mana artikel Pisau.net sejak dari dulu menghina atau pun menderhaka sebaliknya mempertahankkan Raja Raja Melayu dan menjunjung titah Tuanku.

Pisau berharap pihak RTM dapat memperbetulkan kesilapan mengenai laporan berita hari ini.

Petikan artikel pisau yang disiarkan sebelum ini.


Sesiapa saja yang menasihati atau menghalang kerja Bershit dilihat akan menentang haprak pakatan.Seperti yang dirancang oleh haprak pakatan mereka akan sanggup melakukan apa saja untuk mengulingkan kerajaan hatta menghina dan menderhaka kepada DYMM YDP Agong.


Titah Tuanku (klik sini)di perlekehkan malah haprak pakatan sudah berkira kira untuk mengulingkan Raja Raja Melayu asalkan mereka dapat meneruskan agenda DAP Malaysian Malaysia.Pihak berkuasa harus mengambil tindakan terhadap seluruh haprak pakatan yang menyokong bershit.





"Rakyat nak mengadu pada Agung sebab Najib dan regimnya. Agung kata tak perlu mengadu pada dia sebab dia percayakan Najib. Penyelesaiannya: Gulingkan kedua-dua susuk ini. Selesai masalah"

Tindakan pihak polis menangkap pihak yang mengistiharkan perang terhadap DYMM YDP Agong amat tepat:klik sini



Pisau kata " harap RTM dapat perbetulkan kesilapan"

Read more: http://www.pisau.net/2011/07/rtm-tersalah-laporharap-perbetulkan.html#ixzz1RDqTT4GI