Selasa, 26 Julai 2011

TNB PERUNTUK RM6 JUTA UNTUK SL1M

BANGI, 26 Julai - Sejumlah RM6 juta diperuntukkan Tenaga Nasional
Berhad (TNB) bagi melaksanakan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang melibatkan 378 graduan, kata Pengerusi TNB Tan Sri Leo Moggie. Beliau berkata pengambilan dibuat secara berperingkat, 81 orang untuk
peringkat pertama, 148 peringkat kedua pada Oktober depan, selebihnya peringkat ketiga pada Januari 2012.
"Sehingga tarikh tutup seramai hampir 4,000 ribu permohonan diterima melalui
online dan hanya 426 dipanggil untuk ditemuduga," katanya selepas pelancaran
SL1M peringkat TNB di sini hari ini.
Pelancaran disempurnakan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek
Hussin yang turut menyampaikan Sijil Latihan Kekompetanan dan Kecekapan Latihan Industri dan Teknikal.
SL1M dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada 1 Jun
lepas antara lain bertujuan membantu mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah.
Di bawah skim tersebut, siswazah yang tidak mendapat kerja dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian berpeluang menerima latihan dengan
syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) selama setahun. Mereka juga layak menerima elaun minimum RM1,000 sebulan sepanjang tempoh latihan tersebut
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.