Isnin, 29 Ogos 2011

Parti Komunis Malaya berjaya mentarbiahkan Mat Sabu



Mat Sabu ialah Presiden Syiah Malaysia, ini ialah maklumat lisan, begitu juga dengan Hishamuddin Rais atau Tukar Tiub, berdasarkan komen beliau mengenai serbuan Jakim ke Markas Syiah di Melaka baru-baru ini.

Dalam Pas, memang wujud golongan berfahaman Syiah dan mereka ini sentiasa bersiap sedia untuk membuat revolusi menjatuhkan kerajaan yang memerintah Malaysia sepertimana yang dilakukan oleh Ayatollah Khomeni di Iran.

Syiah disahkan oleh Sunnah sebagai bukan Islam, cuma ramai orang Pas di negara kita menyatakan Syiah ada 4 golongan dan ada golongan Syiah yang tidak sesat (bermakna memang ada Syiah sesat) yang bercakap bukan lah sebarangan orang, mereka ialah ustaz-ustaz yang balik dari luar negara.

Mat Sabu mungkin berada dlam kumpulan Syiah yang liberal bukan Syiah ortodok (Ini berdasarkan penampilan beliau).

Oleh itu , atas nama revolusi, Mat Sabu sanggup melakukan apa sahaja, termasuk menyokong Dap dan PKM (Parti Komunis Malaya).

Parti Komunis Malaysia memang boleh bertukar rupa sama seperti sesumpah Anwar.

Jika dahulu PKM menjadi MPAJA dan mendapat bantuan, latihan dan sokongan daripada British di Singapore (Sekolah Latihan Khas 101). MPAJA dipimpin oleh Chin Peng telah membantu British menentang penjajahan Jepun di Malaya.

Setelah Jepun menyerah kalah, MPAJA kembali menjadi PKM dan sasaran mereka ialah menjadikan Malaya sebagai sebuah negara komunis dan tentera British perlu dihalau dari Malaya dan Singapore.

MPAJA/ PKM bertukar menjadi Bintang 3 dan berjaya memerintah Malaya selama 14 hari. Kekejaman Bintang 3 lebih dahsyat daripada tentera Jepun. Ramai orang Melayu ditangkap dan seksa sampai mati. Sila baca buku karya Othman Syed Omar yang berjudul Pemburu Bintang Tiga( PTS).

Kini Mat Sabu yang banyak terhutang budi dengan PKM sekali lagi menjadi pembesar suara kepada parti itu dan mengkritik polis Malaya yang terkorban dan mengangkat komunis yang menyerang balai polis di Bukit Kepong Muar Johor.

Ini lah Mat Sabu Timbalan Presiden Pas yang cukup merbahaya dan beliau perlu di 'ISA' kan segera. Ia bukan sahaja bahaya kepada negara tetapi kepada agama Islam.

4 ulasan:

  1. Mana dah pergi akal ahli-ahli PAS. Sepatutnya, PAS yang tarbiah komunis untuk masuk islam dan menjadi seperti melayu yang baik. Tetapi, sekarang ini ahli-ahli PAS yang sudah ditarbiah untuk menjadi komunis, pemberontak dan mengganas..

    Komunis malaysia mendapati ahli-ahli PAS lebih mudah ditarbiah dan dipengaruhi untuk menyokong mereka dengan menggunakan politik.. Politik adalah senjata ampuh komunis malaysia sekarang... AWAS semua

    BalasPadam
  2. Nyesal dengar ceramahnya selama ini. Rupa-rupanya hilang ingatan ( = gila lah tu).

    BalasPadam
  3. pembetulan...bukan MPAJ...tp MPAJA...malaya people anti japanese army kalau tak silap... tp sama jer...tetap komunis kimak makan babi.... MPAJ tuh keje angkut sampah!!!wakakaka

    BalasPadam
  4. KALAU DULU PAS TERJEBAK DENGAN AGENDA MUNAFIK DAN SEKARANG INI PAS TERJEBAK PULA DENGAN AGENDA PERJUANGAN KOMUNIS TAK TAHULAH SELEPAS INI NAK TERJEBAK DENGAN APA PULA ? KASIHAN NASIB PAS RASANYA INILAH AKIBAT PAS MENYERTAI PAKATAN HARAM BERSAMA DAP LAKNATTULLAH DAN PKR.///

    BalasPadam