Sabtu, 20 Ogos 2011

PAS : Parti pembohong kuat, tak malu menggunakan perkataan Islam.

Hadi Awang, Nik Aziz, Husam Musa, Mat Sabu, Idris Ahmad, Tuan Ibrahim, Tantawi, Sallehudin Ayub, Khalid Samad, siapa lagi? Semua nya kalau pegang mic, 5 minit saja bercakap elok, sejam, dua jam kemudian bercakap semua bohong kuat, fitnah kuat, kelentong kuat.

Tak rasa bersalah, tak rasa berdosa, tak rasa malu dan takut api neraka. Bulan puasa sepatutnya jadi lah orang baik-baik, tetapi bulan ini lah paling kuat buat fitnah.

Tazkirah terawikh dan kuliah subuh adalah masa yang selalunya setan turun dalam perut dan hati mereka. Habis ceramah dengan mudah mereka meminta maaf dan ampun dengan lafaz, ' yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari kelemahan saya sendiri'. Ini lah modal Pas.