Isnin, 29 Ogos 2011

PAS TERUS MEMIHAK KEPADA KOMUNIS


Berikut adalah petikan dari satu blog Pas yang menyokong Mat Sabu dan memihak kepada PKM




SELAMAT MEMBACA UTK ANAK MUDA YG MENCARI KEBENARAN..
UNTUK KITA SAMA SAMA CARI MENCARI  SATU TITIK PERTEMUAN..
PERSAMAAN ANTARA KITA.. BUKAN PERBEZAAN ANTARA KITA..
KITA PERLU BERSATU MENJADI SEBAHAGIAN LEMBARAN SEJARAH ITU..


UMNO APCO MENUTUP KEBENARAN SIAPA PEJUANG TANAH MELAYU.. 

Pejuang negara yang dimaksudkan adalah mereka yang bertugas sebagai anjing penjajah British semasa Tanah Melayu kembali dikuasai oleh mereka setelah Jepun menyerah kalah akibat serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada 6 dan 9 Ogos 1945.

Mereka terbunuh akibat serangan sekumpulan komunis yang memperjuangkan kemerdekaan negara pada ketika itu dan diketuai oleh Muhammad Indera. sejarah ini telah meracuni pemikiran org org melayu..

Sedikit fakta untuk dikongsi bersama. 

Serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong telah berlaku pada 23 Februari 1950 iaitu tujuh tahun sebelum negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. 

Harus diingat, keseluruhan anggota Polis yang diserang pada ketika itu adalah mereka yang berkhidmat atau melafazkan taat setia kepada British dan Queen Elizabeth,bukannya taat kepada Tanah Melayu dan Yang di-Pertuan Agong. 
Jadi siapa sebenarnya yang mempertahankan Tanah Melayu dan Raja-Raja Melayu kalau bukan pejuang kemerdekaan yang dinafikan hak dari segi sejarah dan fakta itu? 

Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman atau Muhammad Indera dan Abdullah CD??


MAT SABU HINA PEJUANG NEGARA - Utusan Merapu

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar. 

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu. 

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British. 

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO. 

“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup. 

“Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu. 

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api. 

Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat. 

“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya. 

WAJAH NASIONALIS PEJUANG BANGSA  DAN MEMPERTAHAN RAJA RAJA MELAYU.



Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah TukarTiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka. 

Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini? 

Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah. 

Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Bik Badak masih anak dara lagi. 

Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu 

Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini. 

Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul. 

Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul. 

Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah) 

Apakah Onn Jaafar nasionalis? 
Apakah Tunku nasionalis?
 

Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar ‘... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....’ Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar. 

Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA. 

United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen. 

Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka. 

Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Bongak. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British mereka TIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli. 

Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Burhanuddin al-Helmi. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob. 

Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah barua setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah. 

Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan. 

Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru. 

Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi barua British. 

Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku. 

Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain. 

Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 merekaBUKAN dipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil merekaMATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalahmata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggilRUMAH PASONGIni nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong

Justeru serangan pada 23 Febuarri itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong. Khalas.Perid.End. Fin. 


KLIK like UNTUK ANAK MUDA MENCARI SECEBIS KEBENARAN!




TAIPINGMALI (TM) says:
August 29, 2011 12:46 PM
Sah , Pas penyokong PKM, dulu PKM bertukar menjadi MPAJA, ramai orang orang Melayu turut sama dalam MPAJ dibawah pimpinan Chin Peng. Chin Peng talam dua muka, sokong british dan dapat senjata dari British dan membantu bristish menentang Japun.


Setelah Jepun menyerah kalah, MPAJ dibubarkan dan sasaran Chin Peng ialah menubuhkan negara Komunis. Orang Melayu dalam pertubuhan menentang Jepun terus terperangkap dan terjerat degan perjuangan Chin Peng.


Shamsiah Fakeh, Rasyid Mydin dan ramai lagi.


British memang melabelkan mereka sebagai pengkhianat kerana Chin Peng telah mengkhianati British setelah mendapat latihan ketenteraan di Singapore, Bantuan senjata dan makanan. Chin Peng beralih arah dan mendapat bantuan dari parti komuunis Cina dan berpangkalan di Betong Thailand.


Mat Indra juga memang terpengaruh dengan Chin Peng dan memang layak di panggil pengkhianat.


Ingat! Bintang 3 bukan nak membunuh British tetapi membunuh Malayu. 14 hari bintang 3 memerintah. ramai melayu dibunuh oleh PKM.

5 ulasan:

  1. Tak usah berpanjang lebar menulis dengan menimbulkan berbagai fakta, pokok utama adalah " KOMUNIS" satu perkataan yang akan menimbulkan kemarahan rakyat malaysia atas kekejaman mereka. Mengapa di highlight kegiatan mereka sebelum merdeka sahaja, cuba imbaskan kegiatan mereka selepas merdeka apa yang telah mereka lakukan atas rakyat malaysia terutama askar melayu...sekiranya mereka ini dikatakan pejuang kemerdekaan, mengapa setelah kemerdekaan yang diperjuangkan oleh UMNO telah berhasil, mengapa mereka tidak mahu meletak senjata...tetapi mereka terus memerangi kerajaan yang telah mandapat kemerdekaan itu dan menjadi malaysia berdaulat, itu adalah kerana mereka ada agenda lain laitu untuk merampas tanah melayu ini untuk dijadikan negara komunis...malang sungguh setelah 50 tahun lebih merdeka, tiba-tiba ada orang melayu yang jadi pemimpin menyokong komunis ini...

    BalasPadam
  2. sokong!kenapa tahun 80 an baru darurat clear dari komunis?bukankah perjuangan mereka jelas.nak menubuhkan negara komunis?bukankah itu penentangan menentang agong?kenapalah org pas makin dangkal.! chin peng masa rundingan di baling dgn tunku.pernah berkata, mereka takkan mengalah dalam memperjuangkan ideologi kominis sampai bila bila.dan nyata, perkara ini diteruskan oleh dap dan mat sabu pula menjadi talibarut yg jahanam!

    BalasPadam
  3. Parti Komunis Malaya (baca sebagai Chin Peng) memberontak kerana British memerdekakan negara(Malaya) daripada British dan meyerahkannya kepada pemimpin-pemimpin UMNO dan Raja-Raja Melayu. Pokoknya - Gila Kuasa untuk menubuhkan Republik Komunis tidak tercapai.

    BalasPadam
  4. sayangnya.. orang kita terlalu taksub dgn agenda PAS dan pembangkang lain... mereka nih ada satu penyakit yang tak boleh nak diubat... CEB.. complaint, excuse, blaming at all time... besok kalo depa dah memerintah malaysia sekalipun (mintak2 jgnlah) mrk akan salahkan kerajaan dulu2.. mcm diorang dah bwat kt negeri2 yg dperintah skang... doa ajalah kasi terbuka sket minda tuh.. jgn jadi mcm katak dalam perigi... nampak langit ja hari2...

    BalasPadam
  5. KALAU DULU KOMUNIS DALAM HUTAN TETAPI SEKARANG ADA DALAM PARLIMEN JADI KALAU MAT SABU JADI BARUA KEPADA KOMUNIS TERSEBUT MEMANG BETUL KERANA SEKARANG KOMUNIS BAGI 20 RIBU SEBULAN UNTUK BERCAKAP,TUNGGU SAJA SELEPAS INI BANYAK LAGI YANG AKAN MAT SABU CAKAP SEBAGI BARUA KEPALA KOMUNIS YANG ADA DI PULAU PINANG.///

    BalasPadam