Jumaat, 12 Ogos 2011

Transkrip sedutan ucapan tiga tokoh ketika perhimpunan mempertahankan JAIS di perkarangan masjid Negeri Shah Alam  selepas sembayang Jumaat tadi. Exco Pemuda UMNO, Lokman Noor Adam:

Hari ini kita lihat sudah muncul puak-puak pelampau yang tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan tidak boleh menyebarkan agama lain kepada umat Islam.

Selama hari ini kita berdiam diri, kita biar, tengok dan lihat, tetapi masa untuk berdiam diri dan membiarkan musah menyebarkan agama lain kepada umat Islam sudah tamat.

Kita perlu tentang sekeras-kerasnya tidak kira siapa juga yang menyebarkan agama lain kepada umat Islam.

Punca yang menyebabkan sudah ada pelampau-pelampau yang berani menyebarkan agama lain kepada umat Islam kerana ada pengkhianat.

Ada di antara bangsa Melayu sendiri yang cuba untuk meraih undi dengan mendapatkan sokongan daripada mereka ini. Sebelum ini kita tidak pernah lihat ada mana-mana pihak yang berani untuk mempertahankan Lina Joy.

Selama hari ini kita tidak pernah lihat ada peguam yang berani beri khiamat guaman percuma kepada umat Islam yang hendak murtad.

Tapi kerana ada satu dua kerat umat Islam yang jadi kuda tunggangan orang bukan Islam.

Ada Yayasan Kristian dari Jerman yang dibawa masuk dan menjadi penaja utama kepada IFC (Suruhanjaya antara Agama) yang mengemukakan 14 tuntutan yang jelas bercanggah dan tidak menghormati agama Islam sebagai agama persekutuan.

Sebab itu kita berkumpul, untuk menyatakan pendirian kita bahawa mulai hari ini, kita tidak akan membiarkan agama kita terus dinodai.

Kita menuntut kerajaan (Tan Sri Abdul) Khalid Ibrahim supaya jangan cuba untuk mempertikaikan tindakan JAIS kerana tindakan JAIS ke DUMC adalah tepat dan mereka tidak serbu, mereka menunggu lebih 20 minit, mereka masuk dan menyiasat dan mendapati ada 12 orang umat Islam di situ.

Senator Ezam Mohd Nor:

Kita berhimpun sebagai hamba Allah, kita berhimpun sebagai hamba Allah yang mencintai Allah lebih dari segala-galanya.

Kita berhimpun untuk mengatakan komitmen kita, sikap kita, yang jelas bahawa Allah mengatasi segalanya. Kita berhimpun untuk mempertahankan agama Allah.

Kita bukan jenis manusia yang sanggup menggadaikan agama Allah untuk kepentingan pangkat dan kedudukan juga untuk kepentingan undi.

Kita bukan jenis manusia yang mengucap dua kalimah syahadah, tetapi ada illah-illah (sembahan) yang lain, illah mereka jawatan menteri besar, illah mereka adalah undi, kita ingin mempertegaskan bahawa illah kita adalah Allah dan kita rela mati untuk mempertahankannya.

Kita ingin nyatakan kita tiada masalah dengan mana-mana menteri besar dari mana-mana negeri atau parti, tapi kita ada masalah dengan mana-mana menteri besar yang menggadai agama Islam demi undi, kita juga tiada masalah dengan mana-mana pemimpin parti politik dari mana-mana parti, tapi kita ada masalah dengan mereka yang menggadai Islam.

Kita tidak ada masalah dengan ahli parlimen manapun, tetapi kita ada masalah dengan ahli parlimen, khususnya ahli parlimen Shah Alam ini, sekiranya dia menggadaikan agama Islam hanya untuk kuasa dan kedudukan.

Kita juga tidak ada masalah dengan orang bukan Islam, selagi mana mereka menghormati agama kita. Selama puluhan tahun sejak merdeka, apakah kita sebagai umat Islam pernah menzalimi mereka yang bukan Islam hanya kerana mereka bukan Islam?

Bahkan ada peristiwa, beberapa kerat dari kita, kerana emosinya mereka, membakar gereja, kita ambil tindakan untuk mempertahankan dan menjaga kemurniaan beragama di negara ini.

Dari sepuluh orang paling kaya di Malaysia ini, sembilan adalah bukan Islam, hanya satu sahaja orang Islam, apakah itu makna kita zalim pada orang bukan Islam?

Apakah itu bermakna kita biadap kepada mereka? Apakah kita pernah protes, berdemontrasi hanya kerana mereka kaya?

Tidak, kita biarkan tetapi jangan sampai pijak kepala kita.

Jangan sampai biadap terhadap agama kita, jangan sampai hina maruah negara.

Kepada orang-orang bukan Islam, kita tidak ada masalah dengan kamu, malah kita menjaga kepentingan mereka, melindungi dan mempertahankan mereka hingga orang kita sendiri ditangkap dan dipenjara.

Tapi kita nak jelaskan, kita ada masalah besar dengan orang bukan Islam yang kurang ajar... dengan orang bukan Islam yang biadab, dengan orang bukan Islam yang tarik orang Islam untuk keluar dan murtad.

Kita ada masalah dengan mereka, apatah lagi jika mereka pemimpin besar, exco kerajaan negeri, Ronnie Liu, Teresa Kok, Xavier, Elizebert Wong, dengar baik-baik.

Kamu patut hentikannya, sebelum kami bertekad untuk berperang.

Kita diajar oleh Rasullah SAW untuk mempertahankan orang bukan Islam selagi mana mereka sanggup untuk menghormati kita, tapi dalam masa yang sama, Rasullah mengajar kita kepada mereka yang kurang ajar, yang biadap, tidak ada cara lain melainkan perang terhadap mereka.

Sebab itu kita ingin nyatakan di sini, kita akan melancarkan perang habis-habisan demi untuk mempertahankan akidah umat sekiranya mereka tidak berhenti.

Amaran ini bukan hanya kepada pemimpin, tetapi agen-agen mereka malaysiakini, Malaysian insider, yang bersikap biadap kepada Jabatan Agama Islam, fitnah Jabatan Agama Islam, kononnya kita ceroboh, kononnya kita tidak beradap.

Malaysiakini dan Malaysian insider, kita beri amaran terakhir, jika kamu tidak hentikan semua 'sampah' ini, kami akan pergi dan 'bakar' kamu.

Jelas, mereka adalah pengkhianat kepada umat Islam.

Sempena Ramadan ini, kita pertahankan akidah umat, kita pertahankan maruah kita, kita beri mesej pada perhimpunan ini, kita sedia berperang dengan mereka jika mereka terus biadap dengan kita.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu YB Zulkifli Nordin

Kita berkumpul hari ini bukan untuk kepentingan diri kita, bukan untuk kepentingan mana-mana pihak tetapi demi agama kita, akidah kita.

Saya terkejut bila hari ini membaca mengenai rintihan seorang ketua pemuda ustaz Nasaruddin (Hassan) Tantawi merintih. Merintih bukan kerana beliau terpaksa berdepan dengan musuh-musuh Islam dikalangan al kafirun.

Merintih kerana dia terpaksa berdepan dengan pimpinan dia sendiri, ahli dia sendiri yang menentang dia untuk mempertahankan akidah umat Islam.

Apa nak jadi dengan umat Islam hari ini, kalau mereka mengaku hendak memperjuangkan Islam pun, akhirnya menjadi pengkhianat kepada agama sendiri.

Inilah harga yang terpaksa kita bayar untuk mempertahankan akidah kita.

Ada yang mengatakan bahawa tidak ada bukti pihak gereja Kristian cuba memurtadkan orang Melayu.

Saya terlibat dengan kes murtad berbelas tahun dah, tuan-tuan masih ingat kes murtad Aisyah Bukhari, penglibatan gereja, penglibatan mubaligh Kristian dalam memurtadkan orang Melayu di negara ini sudah berlangsung begitu lama.

Pertama pada tahun 1987, paderi yang pertama dilantik, di gereja Petaling Jaya, namanya Jamaluddin Osman, dikristiankan, bermula dengan apa yang berlaku di gereja Damansara Utama, memberi bantuan kepada beliau, menolong beliau, mendidik beliau akhirnya Jamaluddin osman menjadi paderi Melayu pertama ditabalkan di gereja Petaling Jaya dengan nama Father Joshua Jamaluddin.

Sampai hari ini, masih ada, dan kita tidak boleh bertindak terhadapnya, dan kita lihat bagaimana polis mengambil tindakan menahan beliau di bawah ISA, tapi kita lihat bagaimana pihak gereja dengan beberapa NGO termasuk Majlis Peguam yang hari ini di dokong oleh segelintir pimpinan PAS membantah dan mencabar kes berkenaan di mahkamah.

Hari ini Father Joshua Jamaluddin, hidung macam kita, warna kulit macam kita, pakai songkok, pakai baju Melayu, tapi dok mengkristiankan anak-anak Melayu.

Tahun 1997, Nor Aisyah Bukhari sendiri dikristiankan di gereja di Rasah Negeri Sembilan. Saya terlibat secara langsung dengan kes itu.

Keluarganya mendapat maklumat dia di gereja itu, pergi hendak menyelamatkannya, sekali lagi kafir bersatu dan menghalang keluarga dari mengambil Nor Aisyah Bukhari.

Bulan Ramadan 1997, hari pertama, sedang ayah Nor Aisyah, Haji Bukhari mengimamkan solat terawih, kumpulan Kristian melancarkan operasi menculik Nor Aisyah dari rumah dia.

Bawa lagi ke Singapura, menyeberang tanpa passport, terus terbang ke Australia, sampai hari ini tetap kafir dan berada di sana.

Tahun 1998, secara terbuka dengan penuh biadap kerana tidak ada tindakan dari kita, makin lama makim melampau, makin kurang ajar, gereja Church of our Lady Fatimah, Brickfield secara terang-terang memurtadkan seorang gadis Melayu Azlina Jalani, yang akhirnya meletus menjadi kes Lina Joy.

Gereja itu masih ada di situ, orang-orang yang terlibat mengkristiankan Lina Joy masih ada di situ. Lina Joy masih ada dengan kita di Subang Jaya.

Melihat kedayusan dan kebaculan orang Melayu, mereka makin melampau, apa yang berlaku di DUMC, adalah hanya tip of the iceberg, kita dah ada bukti jelas bahawa memang ada cubaan mendakyah orang Melayu.

Aktiviti ini sudah berlangsung lama, hanya kerana ada salah seorang dari mereka, di buka pintu hati oleh Allah memberikan maklumat terhadap kegiatan-kegiatan yang berlaku.

Kita sudah ada bukti-buktinya, dan insyallah pihak JAIS akan mengeluarkan laporan lengkap tentang dakyah yang dibuat.

Baru-baru ini, beberapa orang umat Islam yang sensitif telah pergi ke kawasan seperti tumpuan awam, jumpa risalah Kristian, berbundle-bundle, ditinggalkan di tempat strategic, untuk mudah orang ambil.

Saya pernah tanya budak-budak kecil apa komik ini, mereka jawab, komik kartun, dalam tu ada 76 perkataan Allah yang disalahgunakan.

Di gunakan bahasa dan gambar yang anak-anak kita akan tertarik, mereka makin biadap, makin kurang ajar.

Kita tidak ada masalah dengan orang Kristian tapi kita ada masalah dengan mereka yang cuba menentang kita.

Perlembagaan Persekutuan jelas menetapkan agama negara ini adalah agama Islam. Malahan diletakkan Islam sampai ke peringkat tidak boleh disentuh.

Sebab itu isu ini bukan isu politik, ia tidak ada kena mengena dengan UMNO atau PAS, ia ada kena mengena dengan orang Islam.

Ini isu kita, yakinlah jika kita tidak berbuat apa-apa hari ini, lima tahun ke depan, 10 tahun ke depan, kita semua akan bayar harga yang mahal terhadap semua ini.

Sebab itu saudara-saudara, di bulan Ramadan ini, di mana umat Islan dulu sanggup berperang Badar untuk mempertahankan akidah, marilah kita bersama-sama ketepikan sentimen politik.

Kita satu Tuhan, satu nabi, satu kitab, satu kiblat kenapa kita tidak boleh jadi satu umat.-12/8/2011
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.