Ahad, 28 Ogos 2011

TVSelangor09 27082011 Gas Malay Basin, Hak Kelantan Dinafikan



Husam Musa kata TELITI CADANGAN KERAJAAN NEGERI, ingatkan TELITI PERJANJIAN.

Kenapa husam musa pengurusi jawatan kuasa tuntutan royalti petroleum negeri kelantan bertindak mempertikai projek pengeluaran gas lembangan melayu utara yang dibangunkan oleh petronas walau pun jarak dengan pantai kelantan hanya 150 km tetapi jarak saluran paip melalui laut ke kerteh 200 km tetapi petronas memilih jarak yang jauh, sebenarnya tindakan yang dibuat petronas adalah baik dan betul demi masa depan petronas itu sendiri.

Nampaknya kerajaan negeri sedia berunding memberi segala kemudahan termasuk teknologi terkini yang mampu memproses gas dengan kandongan karbon tinggi serta kos lebeh murah sekiranya loji tersebut ditempatkan di kelantan, sebenarnya petronas telah membuat kajian yang teliti sebelum membuat sesuatu tindakan tak payah lah husam nak menjadi penasihat kerana petronas sudah ada pensihat yang hebat.

Bila berbicara tentang negeri kelantan kami masih teringat bagaimana kerajaan pas kelantan menipu dan berbohong kepada rakyatnya sendiri seperti apabila projek yang di buat oleh kerajaan pusat dinegeri kelantan dengan rasa tidak malu pemimpin pas mengatakan ini projek yang dibuat oleh kerajaan pas kelantan perkara begini sentiasa berlaku diseluruh negeri kelantan sedangkan sebelum projek bermula papan tanda dinaikan dan ditulis dengan terang bahawa projek tersebut dibangunkan oleh kerajaan pusat kenapa pas suka menipu dan berbohong kepada rakyat kelantan.

Kenyataan husam lagi tentang petronas perlu meneliti semula dokumen cadangan kerajaan kelantan supaya gas ini didaratkan dibachok agar semua rakyat mendapat faedah secara langsong daripada pembangunan hasil yang dianugerahkan ini, memang benar apa yang yang diperkatakan oleh husam musa tetapi kenapa bodoh sangat tak fahamkah dokumen yang dimaksudkan adalah dokumen cadangan kerajaan kelantan kepada petronas ( bukan perjanjian antara kerajaan pas kelantan dengan petronas ).

Satu lagi persoalan yang timbul tentang kononnya gas ini didaratkan dibachok rakyat mendapat faedah apakah kalau didaratkan dikerteh terangganu maka rakyat tidak mendapat faedah ? apakah husam masih tidak mengetahui bahawa berapa ramai orang kelantan terpaksa keluar merempat mencari makan diseluruh malaysia kerana kerajaan pas kelantan tidak mampu menyediakan peluang perkerjaan kepada rakyat, kenapa isu penyediaan perkerjaan tidak menjadi perhatian utama kerajaan pas?

Walau apa pun kami rasa kerajan pas kelantan selesai dahulu perkara penting untuk rakyat kelantan bukan menjadi penyebok kepada apa yang kerajaan pusat buat dan kalau perkara mendaratkan gas ini menjadi perkara penting sila bawa kes ini kemahkamah seperti kes tuntutan royalti biar mahkamah yang menentukan tak guna kita bercakap tentang keadilan kalau kita sendiri tak pernah mengamalkan sifat adil dan tak guna kita bercakap tentang islam kerana kita sendiri telah menjadi setengah dari kafir diatas firman dan fatwa yang pas sendiri keluarkan satu ketika dahulu dah lupakah.

Bagi kami petronas bukan parti politik, pas bukan agama jadi jangan politikan petronas dengan agama kerana terlalu banyak sangat mengunakan agama secara salah takut-takut nanti laknat allah kutukan allah bala allah akan diperturunkan oleh allah, tunaikan lah tanggong jawab yang diamanahkan dengan jujur ingat pada allah sebelum membuat sesuatu perkerjaan dan jangan memburukan sesama islam sehingga sangup meletakan orang kafir sebagai rujukan kononnya kafir itu lebeh baik dari orang ini dan orang itu. salam selamat hari raya