Isnin, 12 September 2011

British luluskan pendaftaran Pas

PAS mungkin terlupa sejarahnya sendiri. Siapa yang luluskan pendaftaran PAS? PAS nama asalnya Pan Malayan Islamic Party ditubuhkan pada 23 Ogos 1951. Diizinkan penubuhannya oleh British dan tidak diharamkan penubuhannya seperti Hizbul Muslimin Gunung Semanggol.

Orang yang meluluskan PAS adalah seorang pegawai British berbangsa India bernama Nadarajan. Kalau ikut logik Mat Sabu, bolehlah dikatakan juga bahawa lawan PAS juga macam lawan British? PAS diasakan oleh Tuan Haji Ahmad Fuad yang merupakan Pengerusi Biro Agama UMNO. Setelah kalah bertanding Presiden UMNO, Ahmad Fuad mengasaskan PAS.

Namun ianya tidak kekal lama, Ahmad Fuad bersama beberapa orang ulama yang pada awalnya menubuhkan PAS kemudian masuk semula ke dalam UMNO. Kemudian kepimpinan PAS diteruskan oleh seorang doktor kerajaan British (baca sini). Bukan Ahmad Fuad sahaja yang kembali selepas itu Asri juga masuk UMNO. Kepimpinan PAS sekarang akan menidakkan fakta sejarah PAS ini. Mengapa dalam sejarah PAS tidak diceritakan kisah pengasas PAS sendiri?

Ini didedahkan oleh Us Kamal Saidin Pegawai Khas MB Terengganu.

Sumber dipetik dari Angin Perubahan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.