Buku Memburu Bintang 3 mengesahkan kekejaman PKM semasa darurat , yang itu Mat Sabu tak sebut, Dalam satu forum Mat hanya menunjukkan buku sahaja kepada yang hadir. |
Ucapan tahniah buat Dato Mohd Noor Nordin Abdulah Ydp Perkasa Negeri Sembilan dan ahli-ahli nya di atas kebangkitan menentang mat sabu komunis dan tindakan ini sepatut nya di ikuti oleh semua YDP negeri-negeri seluruh malaysia kerana seperti yang di nyatakan perkasa tidak menentang parti pas tetapi perkasa menentang mat sabu yang mulut nya diketahui tersangat kurang ajar kebelakangan ini.
Kita semua berharap satu kempen akan diadakan bagi tujuan mengalahkan mat sabu sekira nya beliau dicalunkan bertanding dimana-mana dun atau parlimen kami difahamkan ahli perkasa sekarang sudah melebehi 1/2 juta orang seluruh malaysia berkemungkinan perkasa akan bergabong dengan beberapa NGO lain bagi melaksanakan tugasan ini.
Dari apa yang berlaku di seremban baru-baru ini kami ingin menyaran kepada pihak polis supaya permit ceramah pas yang dihadiri mat sabu tidak di keluarkan kerana takut sesuatu yang tidak di ingini berlaku, seperti yang diketahui selepas seremban perkara yang sama akan berlaku di yan kedah tetapi pihak penganjur telah mendapat maklumat awal maka mat sabu tidak dibenarkan hadhir pada majlis tersebut.
Disini marilah kita beramai-ramai bertindak seperti yang telah dilakukan oleh perkasa negeri sembilan untuk kita sama-sama menentang perjuangan komunis yang cuba dihidupkan semula oleh pihak-pihak tertentu dan kita sedia maklum dulu komunis berjuang didalam hutan tetapi sekarang komunis sudah ada didalan Dewan Undangan Negeri dan didalam Dewan Parlimen cuba fikir-fikirkan !!!