Jumaat, 30 September 2011

Menyingkap kehilangan Anwar pada 12 dan 13 Januari 2011





Anwar berlepas dengan MH782 dan pulang dengan MH785

 
Semenjak kemunculan video yang menunjukkan Anwar Ibrahim bersama salah seorang trio Datuk T memasuki lif sewaktu hendak melanggan pelacur, satu persoalan baru pula yang timbul. Di mana Anwar berada pada 12 dan 13 Januari 2011 ?

Semuanya kerana di penghujung klip video berkenaan memaparkan wajah Anwar Ibrahim beserta dengan tarikh dan waktu.

Perkara tersebut telah mula dibahaskan oleh media-media cyber sejak lebih seminggu yang lepas. Ada blogger-blogger yang dilihat seolah-olah cuba mengugut Anwar sambil bertanyakan soalan itu.

Pada pandangan sel13.com, blogger-blogger berkenaan telah pun mempunyai video tersebut di tangan mereka. Cuma mereka mereka mahu jawapan dari mulut Anwar sendiri yang menyatakan dimana beliau berada pada tarikh itu.

Beberapa blog serta facebooker yang menyokong Anwar menyatakan pada tarikh tersebut Anwar berada di dalam negara dan berada dalam sidang media pada jam 5.30 petang, 13 Januari 2011 di ibu pejabat Pas .Memang benar pada tarikh tersebut Anwar ada dalam sidang media berkenaan. Tetapi sebelah pagi Anwar Ibrahim berada di luar negara.

Sisatan yang sel13.com lakukan, pada tarikh 12 dan 13 Januari Anwar Ibrahim didapati Anwar Ibrahim berada di Bangkok, Thailand. Anwar berlepas ke Bangkok pada 12 Januari 2011 menggunakan pesawat Malaysia Airlines dengan nombor penerbangan MH 782 dan berlepas pada jam 3.15 petang dari KLIA. Beliau tiba di Bangkok pada jam 4.20 petang waktu Thailand atau jam 5.30 petang waktu Malaysia.

Apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim sebaik sahaja beliau mendarat di Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok sehinggalah beliau berlepas pulang dari lapangan terbang yang sama akan kami bongkarkan kemudian di dalam Edisi Bongkar Sel13.com.

Setelah lebih kurang 19 jam berada di Bangkok untuk ‘aktiviti-aktiviti’ tertentu dan ‘tugas-tugas rasmi’ tertentu Anwar berangkat pulang ke tanahair pada jam 11.05 pagi dengan menggunakan pesawat Malaysia Airlines dengan nombor penerbangan MH 785 dan tiba di KLIA pada jam 2.15 petang. Manakala sidang media di ibu pejabat PAS diadakan pada jam 5.30 petang.