Berita yang menggemparkan penduduk Pantai Remis dan Perak apabila mendapati bau busuk yang melampau di kolam ternakan udang tersebut. Hasil siasatan penduduk mendapati penternak mencampurkan najis babi sebagai bahan makanan udang-udang ternakannya.
Di Manjung pula tidak jauh dari Jambatan Bainun terdapat beberapa kebun sayur yang menanam kangkung dan daun kucai telah menggunakan najis babi sebagai baja. Ditengah-tengah kebun sayur pekebun sayur mendirikan kandang babi dan air najis disalirkan ke batas-batas sayur.
Bagaimanapun kegiatan pekebun mencampur adukkan tanaman sayur dan babi telah dihentikan apabila jalan tersebut menjadi laluan utama dari Manjung ke Pantai Remis.
Ia juga sama seperti bengkel memproses daging burger yang ditemui oleh pengail ikan dalam sebuah hutan. Apabila pihak pemancing membuat teguran dan datang buat kali kedua bersama pegawai penguat kuasa, bengkel tersebut telah ditutup operasinya.
Baru baru ini satu laporan telah dihebahkan mengenai sebuah kilang biskut yang terkenal telah mencampurkan arak dalam produk mereka.
Di pasar chow kit pernah menggemparkan kita kita peniaga memproses kerang bersama daging babi dan kemungkinan kerang-kerang yang dikopek dilumurkan dengan darah babi. Hal ini pernah diakui sendiri oleh pengusaha kerang kopek di Perak.
Untuk mengetahui lebih jelas tentang ternakan udang sila ke laman portal Perak Today yang ada butiran lengkap dakwaan penduduk Perak Today