Sabtu, 10 September 2011

UMNO TIDAK PERLU MELAYAN TUNTUTAN DEBAT DENGAN PAS

Umno tidak harus terperangkap dengan undangan debat oleh Pas. Tuan Ibrahim Tuan Man kelmarin telah mencadangkan supaya satu debat diadakan di stadium dan dibuat secara siaran langsung.

Sebelum ini pemuda Pas Pusat juga telah hadir ke pejabat Umno PWTC untuk menjemput pemuda Umno berdebat dengan mereka dalam isu Mat Indera yang dibawa oleh Mat Sabu.

Kelmarin pihak Institut Darul Ridzuan Perak telah memulakan satu forum khusus untuk membincangkan isu ini secara ilmiah oleh beberapa tokoh sejarah yang terkenal seperti Prof Dr Ramlah Adam dan Prof Emiratus Khoo Kay Kim dan Bekas Ketua Polis Perak.

Sesi perbicangan secara ilmiah ini lebih baik dan lebih berkesan daripada debat bodoh seperti yang disuarakan oleh Pas yang hanya mencari peluang untuk mencaci maki pemimpin Umno jika ia diadakan.

Pengalaman debat yang beberapa kali diadakan seperti di Kota Bharu, RTM dan di Karangkraf telah menunjukkan sikap pembangkang terutama Pas setaraf dengan haiwan di dalam sarkas yang tak cukup makan.

Mereka bukan hadir untuk mencari ilmu atau mengupas isu tetapi sebaliknya mencari ruang dan peluang untuk mengebooo pihak lawan. Ini bukan sifat seorang Islam tetapi lebih kepada sifat haiwan yang turun minyak seperti yang sering ditunjukkan di dalam rancangan The Animal Planet.

Lihat bagaimana Khalid Samad memutarbelitkan isu debat pemuda Pas dengan Khairy Jamaluddin. Khalid bercakap lain dan pemuda Pas bercakap lain. Khalid bercakap dalam sidang media kononnya ia hanya satu cadangan dan jemputan melalui email, sebaliknya apa yang berlaku ialah Pemuda Pas Pusat datang sendiri ke Pejabat Pemuda Umno untuk menyerahkan surat jemputan debat. KJ pula bertegas bahwa beliau hanya akan berdebat dengan Mat Sabu.

Tuan Ibrahim Tuan Man pula mendakwa bahawa KJ tidak layak berdebat dengan Mat Sabu sebaliknya yang patut berdebat ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Weh! Apa kena mengena pula nak mengheretkan Muhyiddin dalam isu ini. Mat Sabu sepatutnya mencabar penulis-penulis sejarah kerana merekalah yang terlibat dalam pengkajian dan pendukomentasian bahan sejarah.

Mat Sabu dan Pas sebenarnya takut dengan pakar-pakar akademik seperti Khoo Kay Kim yang awal-awal lagi disifatkan sebagai profesor kangkung.

Profesor kangkong satu lagi contoh yang tidak islamik yang ditunjukkan oleh Pas. Hukumnya haram dengan menggelar orang lain dengan gelaran yang mengaibkan seseorang. Islamkah PAS? Sudah tentu tidak.

Pas bukan parti Islam tetapi sebuah Parti Politik Sesat yang telah menterbalik agama Islam untuk kepentingan politik mereka. Pas tidak pernah mengangkat syiar dan panji-panji Islam. Mereka sebenarnya mempunyai mazhab-mazhab yang pelbagai-bagai di dalamnya. Ada syiah, ada wahabi dan  ada khawarij. Sebagai contoh ialah bai'ah Pas yang mensyaratkan setiap wakil rakyat yang keluar Pas akan jatuh 3 talak terhadap isteri atau suami mereka.  Ini bidaah yang ditiru oleh Nik Aziz daripada kerajaan Abbasid yang ternyata sesat.

Akhir kata. Pas tidak boleh dibawa berbincang dalam apa jua bentuk. Ini kerana apa yang mereka cakap, apa yang diputuskan oleh pemimpin mereka dikotakan  oleh mereka. Berhujah dan berdebat 14 hari 14 malam pun mereka akan tetap mempertahankan atau menegakkan benang basah mereka.

Sekian.