Isnin, 3 Oktober 2011

MB didesak letak jawatan

Mohd Sukeri Abdul Samat wrote:

KITA DESAK MENTERI BESAR KEDAH LETAK JAWATAN & BERUNDUR kerana gagal menjana pendapatan negeri kerana guna peruntukan jalan bayar gaji kakitangan

ALOR SETAR 2 Okt. - Tindakan Kerajaan Pas Kedah menggunakan sebahagian peruntukan penyelenggaraan jalan raya bagi membayar gaji dan kos pentadbiran kerajaan negeri disifatkan sebagai mengkhianati kepentingan rakyat yang berhak menikmati kemudahan jalan raya yang lebih selesa.

Sehubungan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, kerajaan negeri harus memberi penjelasan kepada rakyat Kedah mengenai tindakan berkenaan.

"Bukankah peruntukan itu sepatutnya digunakan untuk menyelenggara jalan raya? Rakyat mengadu banyak jalan di negeri ini yang rosak tetapi tidak diambil peduli oleh kerajaan negeri sehingga mengakibatkan mereka tidak selesa, selain kerap berlaku kemalangan dan kerosakan kenderaan.

"Apakah kantung kerajaan negeri semakin kurang sehingga terpaksa menggunakan wang yang disalurkan kerajaan pusat untuk membayar gaji (kakitangan kerajaan negeri)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi seperti dilaporkan sebuah akhbar semalam yang menyebut, wang lebihan penyelenggaraan jalan bukan disimpan bagi tujuan yang tidak dimaklumkan kepada orang awam, sebaliknya digunakan untuk membiayai bayaran gaji, kos pentadbiran dan sebagainya.

Isu penyelenggaraan jalan raya di negeri ini menjadi perhatian apabila ia dibangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini setelah kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM50 juta sahaja daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM150 juta.

Ahmad Bashah berkata, isu berkenaan telah sering kali dipersoalkan dan jawapan terbaru daripada exco berkenaan merupakan sesuatu yang mengejutkan.

"Hampir RM100 juta wang berkenaan tidak digunakan. Apabila saya sering mendesak menerusi media,
"Jawapan itu mengundang pertanyaan apakah kerajaan negeri sudah tidak ada duit untuk membayar gaji sedangkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak sering membuat kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak akan meminjam daripada Kerajaan Pusat untuk pembayaran gaji kakitangannya," kata beliau.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.