Rabu, 26 Oktober 2011

Pas ingin jadi pro; bebas fitnah dan kepalsuan


Ini orang yang selalu kantoi bila berdebat dalam fb dengan TM.
Lajnah Penerangan dan Dakwah Badan Perhubungan PAS Perak telah menganjurkan Kursus Kewartawanan dan Pemberitaan.Kursus yang diadakan di Pejabat Perhubungan PAS Perak ini dihadiri seramai 33 orang peserta daripada seluruh kawasan di Perak telah hadir bagi mempersiapkan diri sebagai wartawan di kawasan masing-masing. Program yang dihadiri oleh dua 'orang kuat' Kumpulan Harakah iaitu Pengarah Berita Harakah, Dato' Tarmizi Mohd Jam dan Saudara Ahmad Lutfi Othman telah sudi meluangkan masa untuk turun ke Ipoh bagi mencurahkan ilmu serta pengalaman berpuluh tahun sebagai wartawan.Pengarah Berita Harakah, Dato' Tarmizi Mohd Jam memberikan taklimat yang bertajuk 'Kursus Penulisan Berita' pada sesi pagi. Manakala Ketua Pengarang Kumpulan, Saudara Ahmad Lutfi Othman pula memenuhi sesi petang dengan tajuk 'Peranan Besar Wartawan Dalam Politik'.

Harap selepas ini bloggers Pas akan lebih profesyional dalam penulisan. Tidak lagi ada penulisan yang memburukkan orang lain, melemparkan fitnah dan mengadu domba.

Tulis dan laporlah program yanng dibuat untuk rakyat. Satu pesanan lagi, Harakah dan bloggers Pas hentikan membeli atau membaca Utusan dan Berita Harian. Sebab dua akhbar itu dilihat sebagai sumber maklumat utama Harakah dalam penulisan mereka.

Bloggers Pas kena bebas diri dari dengki kianat terhadap Umno.