Jumaat, 7 Oktober 2011

PAS kalah dalam perang dingin dan terus menangis macam budak kecil

Apa salahnya dengan banner ini. PAS boleh buat kepada orang lain tidak?


"Kain rentang yang tertera ‘DAP ganti PAS’ didakwa bersifat provokatif telah digantung sekitar kawasan Batu Gajah semenjak beberapa hari lalu.



Ekoran perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu, Timbalan Ketua Penerangan PAS Perak, Rosdy Abdullah telah membuat laporan polis di Balai Polis Batu Gajah, semalam kerana bimbang perbuatan itu boleh menggugat keharmonian antara kaum.


Ketika ditemui selepas membuat laporan polis, Rosdy percaya perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab ini merupakan satu fitnah jahat yang berbaur hasutan dan berniat untuk memburukkan dan mengaibkan nama PAS.


“Saya berharap pihak berkuasa terutama polis membuat tindakan yang lebih tegas dan serius dalam menangani masalah ini,” katanya.


Pihak PAS mendapat maklumat daripada masyarakat sekitar Batu Gajah tentang banner provokasi itu dan meminta petugas PAS menurunkan dengan segera sebaik sahaja ianya dikesan.


Beliau yang juga Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Gajah turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab jangan sekali-kali bermain api perkauman kerana ia boleh mengundang bahaya.
Bagaimana yang ini

dan yang ini, bukankah ia provokasi murahan PAS?