CIA pantau aktiviti Twitter, Facebook |
McLEAN (Virginia): Di sebuah kawasan
perindustrian yang tidak dikenali di Virginia, Amerika Syarikat (AS),
Agensi Perisikan Pusat (CIA) mengikuti lebih daripada lima juta
perbualan di dalam laman rangkaian media sosial, Twitter, sehari.
Tujuan pemantauan twitter bagi memastikan CIA mendapat maklumat awal yang disiarkan pemberontak, militan, aktivis atau diplomat.
Di Pusat Open Source agensi berkenaan,
penganalisis dilengkapi dengan sistem perpustakaan dengan kemampuan
menyokong semua media sosial dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia. -
AP
|